anaphylactoid reaction | tindak balas anafilaktoid | Perubatan | Tiada | Reaksi yang berlaku secara mengejut selepas pemberian ubat secara suntikan intravena. Reaksi ini hampir sama dengan tindak balas anafilaksis tetapi lebih ringan. Walau bagaimanapun, reaksi ini tidak memerlukan pendedahan kepada ubat atau antigen yang sama terlebih dahulu. |
anaphylactic reaction | tindak balas anafilaksis | Perubatan | Tiada | Reaksi yang berlaku secara mengejut selepas pemberian ubat secara suntikan intravena. Reaksi ini hanya berlaku kepada pesakit yang telah disensitisasi dengan ubat yang sama. Keadaan ini melibatkan reaksi antara ubat atau antigen dengan antibodi yang tertentu. Akibatnya, sel masta dalam badan akan mengeluarkan bahan vasoaktif seperti histamina, bradikinin, prostaglandin dan serotonin yang boleh menyebabkan bronkospasma, vasodilatasi, takikardia, hipotensi dan renjatan hipovolemik. |
defence reaction | reaksi bertahan | Perubatan | Tiada | 1. Reaksi mental yang menafikan idea-idea yang tidak dapat diterima oleh ego. 2. Perilaku yang cuba menyembunyikan suatu aspek kehidupan seseorang daripada diketahui orang lain. |
allergic reaction | reaksi alergi | Jururawat | Kejururawatan Klinikal | Reaksi setempat atau keseluruhan yang disebabkan alergen. Contohnya ruam, gatal dan kulit menjadi kemerah-merahan.
|
audience reaction | reaksi penonton | Kesenian | Drama dan Teater | Tindak balas yang diperlihatkan oleh penonton semasa menyaksikan pementasan teater. Reaksi ini boleh memberikan kesan emosi kepada penonton seperti sedih, marah atau seronok dan juga memberikan kesan timbal balik kepada pelakon di atas pentas bersesuaian dengan aksi yang dimainkan. |
reaction | tindak balas;reaksi | Sejarah | Tiada | Kesan daripada satu tindakan atau tindak balas sama ada perbuatan manusia ataupun kesan reaksi kimia. |
general adaptation syndrom | sindrom adaptasi umum | Psikologi | Psikologi Umum | Satu siri reaksi badan terhadap stres yang dialami secara berterusan. Menurut Selye, terdapat tiga peringkat utama reaksi badan, iaitu peringkat kecemasan, peringkat rintangan dan peringkat kelesuan. Pada peringkat kecemasan, jentera badan individu akan digerakkan bagi menghadapi tekanan. Beberapa sumber biologi akan dikerahkan untuk berdaya tindak seperti rembesan hormon adrenalina dan noradrenalina yang bertujuan mempercepat aktiviti organ seperti jantung, paru-paru dan saluran darah untuk menghantar makanan dan tenaga bagi menghadapi kegawatan yang ditimbulkan oleh stres. Pada peringkat ini, mangsa boleh menghadapi beberapa simptom seperti sakit kepala, demam, sakit otot, letih, mengah, cirit-birit, senak perut, hilang selera makan dan kurang bertenaga. Pada peringkat rintangan, penyesuaian badan dapat menstabilkan diri terhadap tekanan. Apabila sistem pertahanan badan dapat mengimbangi keadaan, simptom-simptom reaksi kecemasan akan hilang. Walaupun secara luarannya individu kelihatan baik kerana badannya |
test marketing | pemasaran ujian | Pentadbiran | Tiada | Pemasaran yang menguji reaksi pelanggan potensi terhadap program yang dijalankan untuk menentukan reaksi mereka dalam situasi pasaran. |
decomposition reaction | reaksi penguraian | Fizik | Tiada | Tiada |
biochemical reaction | reaksi biokimia | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |