freeze-thaw | beku-cair | Geografi | Tiada | Sejenis proses luluhawa mekanikal di mana air akan membeku dan cair dalam rekahan - rekahan batuan menghasilkan tegasan ke atas dinding rekahan. |
cleft palate | lelangit rekah | Pergigian | Tiada | Rekah yang berlaku kepada lelangit bayi. Rekahan boleh melibatkan lelangit keras atau lelangit lembut ataupun kedua-duanya sekali. Rekahan ini berlaku disebabkan gangguan ketika proses percantuman lelangit bayi semasa dalam kandungan. Rekahan ini boleh menyebabkan susu atau makanan masuk ke rongga hidung semasa pesakit makan atau minum. Pesakit juga akan mengalami kesukaran untuk bercakap dengan jelas. Rekahan ini juga boleh mengganggu jajaran gigi dan mengakibatkan susunan gigi tidak teratur. Lelangit rekah dirawat dengan pembedahan bagi mencantumkan semula rahang tersebut dan rawatan ortodontik untuk membetulkan jajaran gigi. |
fluid-loss | hilangan bendalir | Kejuruteraan | Petroleum | Peristiwa hilangnya sebahagian bendalir yang tidak dikehendaki ke dalam formasi. Biasanya berlaku ke atas bendalir penggerudian, bendalir perangasangan, bendalir ulan kerja atau bendalir pelengkap telaga. Peristiwa ini boleh berlaku apabila kelikatan bendalir yang digunakan pada sesuatu operasi itu terlalu rendah, terdapatnya zon formasi yang terlalu poros atau terdapatnya rekahan-rekahan serta gua-gua semula jadi dalam formasi. Dalam konsep penggerudian, peristiwa ini juga merupakan kunantiti relatif turasan yang melalui formasi telap atau turas selaput apabila bendalir penggerudian tersebut mengalami tekanan. |
crack | rekahan; retakan | Geologi | Tiada | 1. Rekahan: Rekah yang memanjang dan terbuka seperti pada kulit buah-buahan. |
crack | rekahan; retakan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Rekahan: Rekah yang memanjang dan terbuka seperti pada kulit buah-buahan.,3. Bukaan yang sedikit, misalnya pada injap |
shrinkage crack | rekahan kecutan | Geologi | Tiada | Rekahan yang terbentuk pada batuan atau endapan berbutir halus disebabkan kehilangan air yang dikandunginya sewaktu pengeringan atau penyahhidratan. |
desiccation crack | rekahan pengeringan | Geologi | Tiada | Rekahan pada endapan yang terbentuk oleh pengeringan. |
crack | rekahan; retakan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Rekahan: Rekah yang memanjang dan terbuka seperti pada kulit buah-buahan.,2. Retakan: Garis yang nampak pada benda keras seperti pinggan yang menunjukkan akan pecah atau belah. |
choanal slit | rekahan koana | Veterinar | Praklinikal | Rekahan berbentuk segi tiga pada lelangit unggas yang menghubungkan orofarinks dengan rongga nasum. |
gnathoschisis | gnatoskisis | Perubatan | Tiada | Rekahan kongenital pada rahang atas, seperti rekahan pada lelangit. |