Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.la] | ريلا

Definisi : (réla) akronim bagi Ikatan Relawan Rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.la] | ريلا

Definisi : (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan; merelai memberikan (membiarkan, me­lepas­­­­kan, dll) dgn hati yg ikhlas, meng­izinkan, memperkenankan: jalan yg direlai Allah; merelakan 1. menerima (menderita dll) dgn hati yg ikhlas; 2. memberikan (melepaskan, menyerahkan, dll) dgn senang hati; 3. meng­izinkan, menyetujui; kerelaan keikhlasan (hati), keizinan, ke­su­di­­an, perkenanan, persetujuan: mencari ~ Allah; reda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.la] | ريلا

Definisi : /réla/ 1 dgn suka hati; dgn ikhlas; berkenan; sudi: Aku ~ berkorban utk bangsa dan negara. 2 izin; persetujuan: Kedatangan kami adalah utk meminta ~ ayahanda dan bonda. merelai menerima sesuatu dgn hati yg ikhlas, meredai: pemergian yg direlainya. merelakan memberikan dgn suka hati; mengizinkan; memperkenankan: Relakan saya pergi. ~ wang yg diambilnya itu. kerelaan keadaan rela (hati); keikhlasan (hati); keredaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rela (kata kerja)
Bersinonim dengan sudi, sanggup, bersedia, berkenan, reda, suka, gemar, mahu, tidak keberatan;,
Kata Terbitan : merelai, merelakan, kerelaan,

Puisi
 

Tak sabit kandang kuda di bendang,
     Kayu kemudu luruh ke meranti;
Apabila tak dapat kasihku seorang,
     Rela kutunggu sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Biar badan penat asalkan hati suka.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan rela hati.

 

Lihat selanjutnya...(4)

27

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
volunteer croptumbuhan relaPertanianTiadaTiada
voluntary feed intakepengambilan makanan relaVeterinarTiadaJumlah maksimum pengambilan makanan secara bebas yang diberi tanpa had. Jumlah ini dipengaruhi oleh jenis dan saiz haiwan, saiz perut, tahap fisiologi serta jenis dan kualiti makanan. Ternakan akan berhenti makan secara sendiri apabila kenyang.
misogynymisoginiPerubatanTiadaPerihal tidak rela atau tidak suka kepada perempuan.
misogamymisogamiPerubatanTiadaPerihal tidak rela atau tidak suka kepada perkahwinan.
win by retirementmenang undur diriSukanTiadaKeputusan referi yang memberikan kemenangan kepada petinju kerana lawannya secara suka rela mengundur diri sewaktu pertandingan berlangsung.
bai‘ ta’ahjual beli tanpa lafazPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang berlaku tanpa wujud lafaz ijab dan kabul apabila pihak berakad saling member, iaitu penjual menyerahkan produk dan pembeli menghulurkan bayaran tanpa menyebut “Saya menjual” atau “Saya membeli”. Sebahagian ulama membenarkan bai‘ ta’ah kerana wujud unsur rela dan diterima sebagai jual beli dari sudut adat. Dalam mazhab Syafii, rukun sighat dalam bentuk lafaz adalah diperlukan sebagai tanda keredaan.
Zouave uniformpakaian seragam ZouaveKesenianTiada1. Pakaian seragam oriental yang terdiri daripada jaket paras pinggul, tanpa butang, berwarna biru kelasi, dipakai bersama seluar merah ala seluar Aladin, but hitam pendek dan putis. Dipakai bersama sash biru, serban hijau dan merah yang berambu biru. Pakaian tentera Perancis di Algeria.,2. Pakaian seragam yang sama stailnya dengan kumpulan askar tetapi berwarna lain untuk askar suka rela semasa perang sivil di Amerika.
social controlkawalan sosialPentadbiranPentadbiran Awam

Mekanisma atau kaedah yang digunakan untuk mengawasi tingkah laku individu dan kumpulan individu bagi menjamin kemakmuran dalam masyarakat. Kawalan sosial dianggap sebagai pemangkin utama dari sudut penjagaan keamanan, keselamatan, keselesaan dan sebarang bentuk ancaman kepada masyarakat. Oleh itu, kekukuhan ekonomi, kestabilan politik, keseimbangan sosiobudaya, perpaduan kaum dan integrasi nasional mudah dicapai. Walau bagaimanapun, keberkesanan kawalan sosial di dalam sesebuah masyarakat banyak bergantung kepada tahap kesedaran yang tinggi, keakraban hubungan komuniti dan kerjasama yang wujud dalam masyarakat itu sendiri. Misalnya, peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung, RELA, Pertubuhan Belia dan sebagainya boleh dianggap sebagai mekanisma kawalan sosial yang penting untuk mencegah huru-hara dalam masyarakat.

social security programprogram keselamatan sosialPentadbiranPentadbiran Awam

Aktiviti, usaha atau tindakan yang dilaksanakan oleh pemerintah dalam bentuk perkhidmatan sosial bagi tujuan keselamatan dan perlindungan. Antara aktiviti yang diberikan penekanan termasuklah perlindungan dari segi isu-isu kemiskinan, warga emas, kecacatan, pengangguran, kekeluargaan, kanak-kanak dan lain-lain lagi. Keselamatan sosial selalunya merujuk kepada skim hak milik formal, iaitu kebajikan masyarakat. Keselamatan sosial juga melibatkan insurans sosial, penyelenggaraan pendapatan dan perkhidmatan. Contohnya, program penyusunan semula masyarakat setinggan, RELA dan polis bantuan.


Kembali ke atas