Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rem.bang] | رمبڠ

Definisi : 1. titik di langit yg betul-betul di atas kepala kita, kedudukan yg setingginya (matahari, bulan); matahari ~ = ~ tengah hari waktu tengah hari tepat (benar); sebelum ~ tengah hari sebelum tengah hari; ~ petang sudah mulai petang, lewat pukul tiga petang; 2. sl tepat sungguh (waktunya): segala takwim kitab dibuka, ~lah saat dgn ketika; berembang merembang; merembang; hari sudah ~ rembang petang; perembang Kd, bp mengarahkan (senapang dll ketika hendak menembak dll) dgn setepat-tepatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rem.bang] | رمبڠ

Definisi : ; ~ panas sj tumbuhan (pokok sederhana), ceremai burung, mengkirai gajah, ubah kecil, Glochidion laevigatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rem.bang] | رمبڠ

Definisi : waktu matahari betul-betul di atas kepala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rembang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Solanum torvumTerung pipit, terung rembangPertanianTiadaTumbuhan daripada famili Solanaceae, dikenali sebagai terung rembang, daripada spesies jenis renek, berketinggian 1-2 meter dan mempunyai duri pada batang serta daun. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus, daun jenis ringkas, berbentuk bujur dan bercuping enam. Bunganya kecil, berjambak dan berwarna putih. Buahnya berbentuk bulat dan kecil jenis beri berbiji banyak, berwarna hijau ketika muda dan bertukar kekuningan apabila masak. Pokok ini mengandungi beberapa jenis sebatian kimia seperti trovosida, heksatriakontanon, triakontanoil, nioklorogen. Tumbuhan ini mudah ditemui tumbuh liar di kawasan lapang dan tanah terbiar. Buahnya berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi manakala daunnya digunakan untuk merawat pitam, bisul, batuk dan sakit kepala.
noon-marktanda rembang/tanda tengah hariMatematikTiadaSatu garis yang dilukis betul-betul menandakan utara dan selatan dengan meletakkan uting-uting atau pinggir tegak, seperti pinggir pemidang pintu. Bayang akan sentiasa tertebar di atas garis ini pada rembang ketara tempatan.
high noonrembang tengah hariGeografiTiadaTiada
apparent noonrembang ketaraMatematikTiadaWaktu ketika pusat matahari melintasi meridian.
sidereal noonrembang sidereusMatematikTiadaPanjang masa yang diperlukan untuk satu edaran jasad samawi mengelilingi primernya, khususnya yang berkaitan dengan bintang.
lunar noonrembang qamariMatematikTiadaKetika matahari berada di atas meridian bulan.
mean noonmin rembangGeografiTiadaTiada
local apparent noonrembang matahari ketara tempatanMatematikTiadaPukul dua belas waktu ketara tempatan, atau ketika matahari ketara berada di atas cabang atas meridian tempatan.
daylight saving noonrembang jimat siangMatematikTiadaPukul dua belas waktu jimat siang atau ketika matahari min berada di cabang atas meridian jimat siang. Summer time.
mean moonmin rembangMatematikTiadaMomen transit matahari min yang melintasi meridian.
12

Kembali ke atas