renaissance embroidery | sulam renaisans | Kesenian | Tiada | Corak sulam tebuk yang bercantum dengan palang berpiko menerusi jahit piko. Pada asalnya digunakan sebagai jahit lubang butang ke atas kain kelengkapan rumah tangga. |
classical architecture | seni bina klasik | Kesenian | Seni Bina | Seni bina yang direka bentuk berdasarkan prinsip dan aturan seni bina Greek dan Roman, termasuk seni bina Goth, Renaisans, Baroque, Romanesque, Georgian, neoklasik dan Awal Byzantine. Seni bina ini berdasarkan penggunaan elemen binaan struktur dan aturan perkadaran sistematik untuk reka bentuk tiang khususnya daripada aturan Ionia, Doris dan Corinth. Ciri-ciri seni bina klasik berasaskan �seni bina simetri, perkadaran, geometri dan ketetapan pola yang berulang-ulang dan penggunaan hiasan. Bahan binaan yang sering digunakan untuk seni bina klasik terdiri daripada batu, kayu, simen lepaan dan bata dengan struktur binaan galas beban dan rentang pendek. Contoh bangunan yang bercirikan aturan klasik ialah bangunan untuk kegunaan raja seperti istana, dan untuk kegunaan orang ramai seperti kuil, tempat mandi dan panggung. |
Mannerism | Manerisme | Kesenian | Seni Bina | Gaya seni Eropah yang membawa gagasan idealisme harmoni, yang dikaitkan dengan tokoh seperti Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelangelo. Manerisme terkenal dengan kecanggihan intelektual dan identiti peniruannya. Gaya seni ini muncul di sekitar tahun 1520-an pada era Renaisans di Itali. |
Mansard roof | bumbung Mansard | Kesenian | Seni Bina | Bumbung bercuram dua, dengan bahagian rendah yang mempunyai curam tajam dan bahagian atas yang pendek dan hampir leper. Bumbung ini direka bentuk supaya boleh mewujudkan satu ruang dengan ketinggian yang boleh didiami. Bumbung ini dinamai sempena nama seorang arkitek Perancis pada Zaman Renaisans, iaitu Francios Mansard. |