underwater swimming | renang selam | Sukan | Tiada | Perlakuan renang di bawah permukaan air , seperti menyelam, mensnorkel, renang rama dan skuba. |
swimming costume | pakaian renang wanita | Sukan | Tiada | Pakaian renang yang digunakan oleh wanita. Pakaian ini juga dikenali sebagai baju renang. |
open water swimming competition | pertandingan renang sejadi | Sukan | Tiada | Kejohanan renang yang diadakan di luar kolam renang seperti laut, sungai, selat, tasik dan sebagainya. |
synchronized swimming | renang rama | Sukan | Tiada | Acara renang yang memerlukan peserta melakukan pelbagai gaya, kuak dan bentuk gimnastik dalam air mengikut irama muzik. Pertandingan ini dinilai dari segi gaya, persembahan, keaslian dan kesukaran melakukannya. |
sculling | gaya renang campang | Sukan | Tiada | Gaya renang lentang dengan tangan membuat angka lapan di bawah permukaan air dan kaki tendang keribas.Sinonim : backpaddle |
scissors stroke | gaya renang gunting | Sukan | Tiada | Gaya renang dengan kedudukan badan mengiring, satu tangan menguak gaya dada, satu lagi menguak air dari dada ke paha, atau lurus di tepi badan. Kedua-dua lutut membengkok, menendang secara mengangkang dan menutup kaki dengan pantas. Gaya ini sesuai untuk menunda mangsa. |
swimming wear | pakaian renang/ pakaian terjun | Sukan | Tiada | Pakaian renang untuk lelaki atau wanita. |
open swimming competition | pertandingan renang terbuka | Sukan | Tiada | Kejohanan renang yang tidak mengikut peringkat umur. |
swimbra | coli renang | Kesenian | Tiada | Mangkuk berbentuk yang dicantum atau berasingan pada bahagian dalam sut renang untuk membentuk payudara. |
swim cap | serkup renang | Sukan | Tiada | Penutup kepala yang dipakai oleh perenang untuk menghalang rambut daripada mengganggu aktiviti renang dan juga untuk kebersihan kolam. |