Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[reng.kung] | رڠکوڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg agak besar), mentasawa, mersawa, Anisoptera curtisii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[reng.kung] | رڠکوڠ

Definisi : 1. pembuluh (pd leher) yg menyalurkan makanan masuk ke dlm usus besar: ~nya bergerak ke bawah menolak ubat-ubat yg baru ditelan; 2. lekum, tenggorokan; ® kerongkong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[reng.kung] | رڠکوڠ

Definisi : 1 pembuluh atau saluran pd leher yg melaluinya makanan masuk ke dlm perut. 2 halkum; kerongkongan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rengkung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mersawamersawaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Anisoptera spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah loh, medang sawa, rengkung, sanai, sepah, petri dan terbak, dan di Sabah ialah pengiran. Spesies utamanya termasuk Anisoptera costata, A. corsiti, dan A. laevis. Gubal kayu mersawa sukar dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya yang berwarna kuning tua dan menjadi gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 515 hingga 735 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini sukar dikerjakan kerana mengandungi silika yang boleh menumpulkan mata pemotong, lambat mengering, sederhana tahan, dan sukar diawet. Kayu mersawa banyak digunakan dalam pembuatan venir, papan lapis dan perabot, dan kerja binaan sederhana.

Kembali ke atas