Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rentet
Kata Terbitan : rentetan, berentetan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
long stringrentetan panjangKejuruteraanPetroleum1) rentetan selongsong terakhir atau selongsong terkecil yang diset pada sesebuah telaga. 2) Rentetan selongsong yang diset melalui atau menembusi zon pengeluaran sesebuah telaga. Kadangkala dikenali juga sebagai rentetan minyak atau selongsong pengeluaran. Beberapa rod penyedut yang diskrukan antara satu sama lain bagi menghubungkan unit pengepaman rasuk yang berada di permukaan dengan unit pam rod penyedut yang berada di dalam lubang telaga. Rujuk : unit pengepaman rasuk.
long stringrentetan panjangKejuruteraanTiada1. Rentetan terakhir set selongsong di dalam telaga.
protective casingselongsong pelindungKejuruteraanPetroleumSinonim: 1. rentetan selongsong pelindung 2. selongsong pertengahan Selongsong yang dipasang untuk beberapa tujuan tertentu seperti mencegah gugurnya formasi, mengawal telaga yang terdapatnya tekanan abnormal tinggi mencegah kehilangan edaran dan sebagainya. Jumlah selongsong pelindung yang diperlukan mungkin lebih daripada satu, bergantung pada kedalaman telaga dan masalah yang dihadapi semasa penggerudian. Kedalaman pemasangan berbeza-beza bergantung pada keadaan telaga. Garis pusatnya ialah antara 7 – 11 ¾ inci.
linerpelapikKejuruteraanPetroleum1) Sebarang rentetan selongsong yang bahagian atasnya tidak sampai ke permukaan, iaitu bahagian atasnya terpasang di subpermukaan. 2) Selongsong bergaris pusat yang lebih kecil yang tergantung di hujung bawah selongsong lain yang mempunyai garis pusat yang lebih besar. Mampu bertindak sebagai rentetan minyak atau rentetan pengeluaran yang menghubungkan zon pengeluaran kepada selongsong sebelumnya. 3) Sekeping logam tipis berbentuk kerucut yang terdapat pada cas tetuang yang merupakan bahagian cas tetuang. Berguna untuk meningkatkan kecekapan cas dengan cara menambah keupayaan penembusan jet yang terbentuk.
sucker rodrod penyedutKejuruteraanPetroleumSinonim : rod Rod keluli yang khusus dibuat sesuai dengan ketentuan piawai dimensi dan ketentuan logam yang dikehendaki oleh piawaian API. Panjangnya 25 kaki atau 30 kaki dan garis pusatnya berkisar antara ½ inci hingga 1 1/8 inci. Setiap hujungnya mempunyai ulir yang boleh diskrukan di antara satu sama lain bagi membentuk rentetan rod penyedut yang diperlukan oleh sistem pengepaman rod penyedut.
decatenatenyahjeraitKomputerTiada1. Tindakan membuka atau memburaikan satu rentetan kepada dua atau tiga rentetan kecil. 2. Tindakan memburaikan baris paparan daripada baris paparan seterusnya atau sebelumnya.
macaroni stringrentetan makaroniKejuruteraanPetroleumRentetan yang terdiri daripada tetiub atau paip yang mempunyai garis pusat yang kecil iaitu lebih kecil atau pada sama dengan 1.0 inci yang digunakan untuk mengeluarkan bendalir dari dalam lubang telaga. Biasanya digunakan dalam pelengkapan telaga yang akan mengeluarkan bendalir formasi yang mengandungi bahagian air yang relatif tinggi.
overflushcurahan akhirKejuruteraanTiada1. Bendalir untuk menolak asid keluar daripada rentetan tetiub dalam operasi pengasidan.
swabgumbaKejuruteraanTiada1. Gumba: Menyedut bendalir formasi ke dalam lubang gerudi dengan mengeluarkan rentetan gerudi dengan kadar yang menyebabkan berlakunya kekurangan tekanan hidrostratik.
dummy instructionsuruhan semuKomputerTiada1. Butiran data dalam bentuk suruhan yang sengaja disisipkan di dalam rentetan suruhan untuk mencukupkan bilangan suruhan yang dihantar. Suruhan ini tidak akan dilaksanakan dan akan diabaikan oleh penerima. 2. Suruhan yang sengaja dimuatkan dalam atur cara untuk melengkapkan pusingan gelung atur cara.
12

Kembali ke atas