levalois flaking technique | teknik repihan levalois | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Teknik repihan yang dilakukan dengan membentuk bahagian sekeliling batu ini melalui pemukulan sehingga terjadi repihan. Bahagian tepi batu ini berbentuk U sekiranya dilihat dari atas. Bahagian repihan tepi akan dipukul ke dalam sehingga membentuk kesan seperti daun pada permukaannya. Pukulan secara cepat di bahagian tengah akan mengeluarkan repihan yang digunakan sebagai alatan. Teknik ini mendapat nama sempena tempat penemuannya di Levallois, kawasan pedalaman Perancis. |
clactonian flaking technique | teknik repihan clactonian | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Teknik repihan yang dilakukan pada permukaan batu inti secara berterusan sehingga mendapat bentuk repihan yang lain. Biasanya hasil pukulan dikesan kerana terdapat lebih daripada 90� kesan calar pada permukaan batu repihan atau batu inti. Teknik ini diambil namanya dari tapak jumpaan di Clacton-on-Sea, Essex, England dan berkembang pada Zaman Paleolitik. |
levalois pointed tools | alatan runcing levalois | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat batu berbentuk runcing yang dihasilkan melalui tiga tahap. Tahap pertama, repihan dilakukan di sekeliling bantuan inti. Tahap kedua, repihan dilakukan secara mendatar pada bahagian kiri dan kanan batu sehingga terdapat lurah dan tajam pada bahagian tepi. Tahap ketiga, batu akan dipangkas pada bahagian atas dan mengeluarkan repihan kecil yang berbentuk runcing, kemudiannya, dipangkas sekali lagi di tempat yang sama sehingga menghasilkan repihan berbentuk runcing yang lebih besar dan berlekuk. Bahagian lekuk ini diikat dengan kayu dan dijadikan sebagai pemegang. |
flake scar | kesan repihan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Serpihan pada mata dan permukaan artifak batu akibat penggunaan artifak tersebut. Kesan serpihan juga berlaku pada sisa batuan yang terhasil daripada batu inti semasa pembuatan artifak tersebut. Kesan serpihan pada sisa batuan ini mempunyai tanda campur (+) sementara pada batu inti bertanda tolak (-) . |
distal (tool) | hujung mata (alat) | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bahagian tajam yang terdapat pada hujung alatan batu. Penghasilannya melalui proses repihan. Bahagian mata ini terdapat dua jenis saiz, iaitu besar atau kecil. Alat ini digunakan untuk tujuan perburuan dan berkembang dengan meluas pada Zaman Neolitik. Sebahagian alatan batu yang mempunyai hujung mata digunakan secara terus dan ada yang diikat pada tangkai kayu. Bentuk hujung mata banyak ditemui pada artifak batu bermata tombak. |
refitting | penyusunan semula | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah menyusun semula kepingan atau pecahan artifak untuk mendapatkan bentuk asal. Kaedah ini kerap digunakan pada artifak alatan batu terutamanya jenis repihan dan pecahan daripada tembikar tanah. Penyusunan semula dilakukan dengan dua cara, pertama menyusun pecahan tanpa pelekat dan kedua, menyusun dengan menggunakan pelekat. Penyusunan semula dapat dijadikan asas untuk mengetahui teknologi pembuatan dan bentuk atau hiasan yang terdapat pada artifak. |
Anyathian industry | industri Anyathian | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Nama industri ini berasal dari golongan peribumi Anyatha yang berada di bahagian hulu Sungai Irrawaddy (Burma). Industri ini merupakan tapak industri Zaman Paleolitik pertengahan. Contoh artifaknya ialah alat menetak, alatan pengikis, alatan dari batu inti dan alatan repihan. Ciri artifaknya mempunyai bahagian mata tajam yang dihasilkan melalui repihan, mempunyai bahagian bentuk lurus atau bulat. Terdapat juga alat batu yang mempunyai bentuk persegi empat atau persegi empat panjang dan dikenali dengan nama beliung genggam. |
chert | batu chert | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Batuan silika keras yang mengandungi silika opal atau kalsedoni. Batu chert mempunyai bentuk yang seakan-akan bersinar dan amat sesuai digunakan sebagai alat batu repih. Repihan yang lebih kecil pula dikenali sebagai mikrolit dan boleh digunakan sebagai alat memotong. Batu ini sangat keras dan bahagian hujungnya boleh ditajamkan. Contohnya, alat batu dari tapak Poleolitik Akhir di Lembah Tingkayu (Sabah) yang berkembang sekitar 20 000 tahun dahulu. Batu chert juga dikenali sebagai batu rijang. |
Abbevillian tool type | jenis alat Abbevillian | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat berbentuk seperti buah pear dengan bahagian pangkal belakang yang kasar dan bermata tajam. Artifak ini dihasilkan dengan cara hentakan antara batu api dengan batu pelandas sehingga menghasilkan repihan batu yang besar dengan kesan calar. Kemudian dilakukan perapian pada bahagian tepi. Bahagian pangkal belakang kapak genggam ini tidak dilakukan asahan, kasar dan terdapat kulit batu. Secara keseluruhan, bahagian pangkal belakang ini digunakan untuk memecahkan makanan, sementara bahagian tepi yang tajam digunakan untuk melapah daging buruan. Bahagian mata tajam pula digunakan untuk mencungkil seperti menebuk lubang pakaian dan mengorek lubang tanaman. Budaya Abbeville terkenal dengan tradisi alat batu kapak genggam. |
core-blade technique | teknik bilah-inti | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Teknik yang dilakukan menggunakan batu inti. Permukaan atas batu perlu dipukul untuk mendapatkan permukaan yang rata. Kemudian bahagian tepi di repih dengan cara memukul sehingga menjadi bentuk memanjang dan tajam pada hujungnya. Repihan dilakukan pada sekeliling batuan untuk menghasilkan bilah berbentuk cekung. Contohnya, batu inti yang beratnya kira-kira 0.9 kilogram boleh menghasilkan bilah yang panjang kira-kira 23 meter. |