Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.sah] | رسه

Definisi : tidak tenang hati, rusuh hati, gelisah, gugup: ia kelihatan ~ dan serba salah; mereka telah ~ menanti; ~ gelisah resah; beresah, beresah-resah berada dlm ke­adaan resah, berusuh hati: sejak petang tadi ia beresah-resah sendirian di katilnya; meresah menjadi resah: sebentar kemudian ia ~ lagi; meresahkan menyebabkan resah: panas yg ~ badan; keresahan 1. perihal (keadaan) resah: senang dan tenang ayunan langkahnya bagaikan tidak ada suatu ~ menekan benaknya; 2. mengalami resah: “teruk betulkah?” Karim ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.sah] | رسه

Definisi : tidak tenang hati kerana sesuatu kejadian dll; gelisah; risau; gugup: Oleh sebab bapanya belum juga pulang, dia kelihatan ~ dan serba salah. meresahkan menyebabkan berasa resah: Peristiwa itu telah ~nya. keresahan keadaan resah; perasaan resah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
resah (adjektif)
Bersinonim dengan gelisah, cemas, risau, bimbang, tidak senang, renyah, kelesah, rusuh hati;,
Kata Terbitan : meresahkan, keresahan,

Puisi
 

Kalau menarah batang jati,
     Batang kenanga dikapak juga;
Alangkah resah rasanya hati,
     Sudah lama tak nampak muka.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
restlessresahPendidikanTiadaTiada
fidgetyresah gelisahPerubatanTiadaKeadaan gelisah dan terkinja-kinja yang biasanya menimpa pesakit psikiatri.
fidgetyresah gelisahKejururawatanTiadaKeadaan gelisah dan terkinja-kinja yang biasanya menimpa pesakit psikiatri.
anxietyresahKejururawatanTiadaPerasaan ketidaktentuan dan ketakutan tanpa sebab, yang dicirikan oleh perubahan fisiologi seperti takikardia, berpeluh dan tremor.
beat generationgenerasi resahKesusasteraanTiadaTiada
restless camerakamera resahKomunikasiTiadaTeknik penggambaran yang memerlukan pergerakan kamera untuk mendapatkan imej subjek yang merayau atau terarah sepenuhnya kepada pergerakan pelakon. Teknik ini selalu digunakan dalam filem seram atau filem ngeri bagi menimbulkan kesan dramatik.
restlessgelisahPerubatanTiadaRasa resah dan tidak tenteram yang dialami oleh seseorang.
restlessgelisahKejururawatanTiadaRasa resah dan tidak tenteram yang dialami seseorang.
agitatoagitatoMuzikTiada

Persembahan muzik yang resah gelisah.

ungedulgig (G)ungedulgigKesenianTiadaEkspresi dalam muzik seperti resah.
1234

Kembali ke atas