Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.si.den] | ريسيدن

Definisi : (résiden) wakil kerajaan British di tanah jajahan atau negeri naungan British: ~ bagi keempat-empat buah negeri itu ter­takluk kpd ~ jeneral; ~ jeneral residen besar (ketua bagi seluruh residen); keresidenan 1. kediaman (pejabat) residen; 2. daerah yg diketuai oleh residen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.si.den] | ريسيدن

Definisi : /résiden/ pegawai kolonial yg memerintah dan mentadbirkan sesebuah negeri atau daerah yg besar: ~ jeneral ketua bagi semua residen di sesebuah tanah jajahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata residen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Resident CouncillorResiden KaunselorSejarahTiadaTiada
Resident GeneralResiden JeneralSejarahTiadaTiada
British ResidentResiden BritishSejarahTiadaTiada
Resident CommissionerPesuruhjaya ResidenSejarahTiadaTiada
Residential SystemSistem ResidenSejarahTiadaTiada
resident scripteriterpenulis skrip residenKomunikasiTiadaOrang yang bertugas sebagai penulis skrip dalam sesebuah organisasi penerbitan televisyen atau filem secara tetap.
nonresident agentsejen bukan residenEkonomiTiadaTiada
colonial administrationpentadbiran penjajahPentadbiranPentadbiran Awam

Pemerintahan sesebuah negara yang dikuasai dan diterajui oleh kuasa asing bagi mengenakan dasar kolonialisme dan imperialisme mereka. Pada suatu ketika dahulu, pentadbiran penjajah berlaku ke atas negara-negara kecil yang belum mencapai kemerdekaan. Pentadbiran penjajah bertujuan untuk mengeksploitasi sumber hasil bumi yang terdapat di negara yang dijajah. Sebagai contoh, Tanah Melayu telah ditadbir oleh pihak penjajah Inggeris buat sekian lama telah banyak meninggalkan kesan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Antara sistem pentadbiran penjajah Inggeris di Tanah Melayu ialah Sistem Residen, Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan pelaksanaan Dasar Pecah dan Perintah.


Kembali ke atas