aerobic respiration | respirasi aerob | Kimia | Biokimia | Respirasi tisu yang memerlukan oksigen untuk menguraikan bahan-bahan organik. Respirasi ini membebaskan ATP dengan kadar yang lebih tinggi berbanding dengan respirasi anaerob. ATP ini akan dioksidakan dan tenaga yang disimpan di dalam ATP akan dibebaskan. |
respiration | respirasi | Botani | Tiada | Proses pengoksidaan yang sebatiannya teroksida kepada karbon dioksida dan oksigen diturunkan bagi membentuk molekul air dalam sel. Antara sebatian yang boleh bertindak sebagi substrat bagi respirasi ialah kanji, fruktan, glukosa, lemak dan gula. Kebanyakan tenaga yang dibebaskan semasa respirasi ialah haba. Formula respirasi boleh dilihat melalui persamaan seperti yang berikut: C6H12 + O6 + 6O2 6CO2 + 6H2O + tenaga |
photorespiration | fotorespirasi | Botani | Tiada | Respirasi tumbuhan yang berlaku dalam keadaan bercahaya. Respirasi jenis ini berlaku dalam mitokondria dan berbeza daripada respirasi gelap yang berlaku dalam kloroplas. |
anaerobic respiration | respirasi anaerob | Kimia | Biokimia | Respirasi tisu yang tidak memerlukan oksigen untuk menguraikan bahan-bahan organik seperti menguraikan glukosa kepada etanol dan CO2, dan menguraikan piruvat kepada laktat di dalam otot vertebrat. Jumlah ATP yang dibebaskan, kurang daripada jumlah yang diperoleh daripada respirasi aerob. lih. penapaian |
aerobic respiration | respirasi aerob | Perubatan | Tiada | Respirasi yang memerlukan oksigen untuk membina tenaga dalam bentuk ATP |
metapneustic respiration | respirasi metapneustik | Biologi | Entomologi | Respirasi yang menggunakan spirakel yang terdapat di bahagian posterior abdomen. |
plastron respiration | respirasi plastron | Biologi | Entomologi | Respirasi melalui plastron pada serangga serangga akuatik, misalnya pada spesies Aphelocheirus. |
respiration | respirasi | Pertanian | Agronomi | Proses fisiologi yang menggunakan oksigen untuk mendapatkan tenaga daripada karbohidrat. Respirasi berlaku di dalam bahagian akar atau daun melalui ruang sel stomata. Tanpa oksigen, tanaman tidak akan hidup lama kerana tidak mendapat sumber tenaga. |
photorespiration | fotorespirasi | Pertanian | Agronomi | Respirasi tumbuhan yang berlaku dalam keadaan bercahaya. Fotorespirasi berlaku dalam mitokondria dan berbeza daripada respirasi gelap yang berlaku dalam kloroplas. Fotorespirasi seolah-olah tidak berlaku pada tumbuhan C4 seperti jagung dan tebu kerana karbon dioksida yang dihasilkan terus digunakan untuk fotosintesis, manakala tumbuhan C3 seperti mangga dan getah, mengalami fotorespirasi kerana karbon dioksida tidak digunakan secukupnya untuk fotosintesis. |
spiroscope | spiroskop | Biologi | Fisiologi | Spirometer yang boleh digunakan untuk mengetahui isipadu udara yang masuk dan keluar semasa respirasi. Alat ini dapat menunjukkan aktiviti respirasi seseorang pesakit. |