operant conditioning | pelaziman operan | Psikologi | Psikologi Umum | Pelaziman yang bergantung pada akibat daripada suatu respons. Sesuatu respons atau tindakan biasanya akan diikuti dengan pengukuhan atau dendaan. Pengukuhan biasanya akan meningkatkan kemungkinan berlakunya pengulangan sesuatu respons. Dendaan pula akan mengurangkan kebarangkalian respons atau tingkah laku itu diulangi. Contohnya, isteri yang dipuji oleh suami kerana memasak lauk yang sedap akan merangsangnya untuk selalu memasak lauk yang sedap untuk suaminya. Demikian juga haiwan sarkas yang dilatih untuk menunjukkan tingkah laku yang bukan tingkah laku asalnya, contohnya beruang akan boleh berbasikal setelah dilatih dengan menggunakan pelaziman operan. |
posttetanic potentiation | potensiasi pascatetanus | Perubatan | Tiada | Perihal bertambahnya respons seperti respons sentak satu semasa sekatan separa neuromuskular bukan nyahkutub. Fenomena ini berkaitan dengan bertambahnya asetilkolina saraf prasinaptik akibat rangsangan tetanus. Lihat juga kiraan pascatetanus (PTC). |
reader response theory | teori respons pembaca | Kesusasteraan | Tiada | Teori moden yang memberikan fokus kepada respons pembaca berbanding teks. Tidak seperti teori Formalisme dan Kritikan Baru, teori respons pembaca menolak dakwaan bahawa pembaca memainkan peranan pasif dalam penghayatan karya. Teori respons pembaca diajukan pada tahun 1960-an hingga 1970-an. Di Amerika, teori ini dikembangkan oleh tokoh seperti Stanley fish dan Harold Bloom. Di Eropah, teori ini dikenali sebagai teori resepsi dan diketengahkan oleh beberapa tokoh seperti Wolfgang Iser, Hans Robert Jauss, Michael Riffaterre, dan David Bleich. Lihat juga komuniti interpretif, ufuk harapan. |
galvanic skin response | respons kulit galvanik | Psikologi | Psikologi Umum | Respons dalam bentuk peningkatan pengaliran arus galvanik akibat peningkatan aktiviti kelenjar peluh yang berpunca daripada bangkitan emosi. Indeks sensitif daripada bangkitan sistem saraf autonomik ini digunakan untuk mengukur tahap emosi dalam kebanyakan kajian makmal. Respons ini juga merupakan salah satu penunjuk bangkitan autonomik yang diambil kira apabila seseorang itu menjalani ujian pembohongan. Contohnya, apabila seseorang individu berada dalam keadaan tertekan, sistem saraf simpatetik akan membangkitkan kegawatan dalam badan sehingga menimbulkan peningkatan aktiviti dalam kelenjar peluh dan menyebabkan bulu roma berdiri. |
extinction | penghapusan | Psikologi | Psikologi Umum | Proses atau kaedah yang mengurangkan kekuatan sesuatu respons dari segi magnitud atau kekerapan secara progresif sehingga pada akhirnya tiada lagi respons diperlihatkan atau dilakukan oleh responden yang terlibat. Dalam pelaziman klasik, respons yang terlazim akan menjadi lemah atau tidak diperlihatkan lagi apabila rangsangan terlazim yang diberikan kepada haiwan tidak lagi diikuti secara berulang kali dengan ganjaran tidak terlazim. Contohnya, sekiranya individu tidak memberikan haiwannya makanan selepas beberapa kali diberikan rangsangan terlazim seperti lampu, maka kemungkinan haiwan tersebut untuk tidak memberi respons terlazimnya adalah tinggi. |
unconditoned response | respons tidak terlazim | Pendidikan | Tiada | Respons emosi atau fisiologi yang dicetuskan secara automatik atau semula jadi. |
delayed response | respons tertangguh | Psikologi | Psikologi Umum | Respons yang diwujudkan dalam situasi eksperimen yang membuatkan responden memberi tindakan kepada sesuatu rangsangan untuk beberapa lama selepas rangsangan diberikan. Contohnya, ganjaran makanan diberikan kepada haiwan sebagai satu rangsangan tetapi dihalang mengambilnya sehingga satu tempoh yang ditetapkan. Tahap kemampuan untuk menangguhkan sesuatu tindakan atau dorongan itu biasanya bergantung pada hierarki filogenetik. |
response set | set respons | Pendidikan | Tiada | Kecenderungan memberikan respons berasaskan cara yang paling diketahui dalam satu ujian atau soal selidik. |
delayed-response learning | pembelajaran respons tertunda | Psikologi | Psikologi Umum | Lihat pembelajaran respons tertangguh. |
differentiation of response | pembezaan respons | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah untuk mengatur respons supaya responden dapat mendiskriminasikan rangsangan yang boleh menghasilkan ganjaran. Contohnya, tikus dikehendaki memilih rangsangan bunyi yang boleh mendatangkan ganjaran. |