counterrevolution | revolusi balas | Sejarah | Tiada | Revolusi yang menentang atau menyerang balas revolusi yang ada atau revolusi sebelumnya. |
post-Industrial Revolution | lepas Revolusi Perusahaan | Sejarah | Tiada | Masa atau tempoh selepas revolusi perusahaan atau revolusi perindustrian. |
industrial revolution | revolusi perindustrian | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Revolusi yang berlaku di England sekitar tahun 1750 yang menandakan permulaan operasi perkilangan secara moden dengan penggunaan jentera dan perkembangan skala ekonomi, pengenalan sistem upah dan perusahaan perniagaan korporat. Revolusi ini merupakan permulaan peralihan sistem politik tradisional kepada sistem politik moden. |
industrial revolution | revolusi perindustrian | Kesusasteraan | Tiada | Revolusi atau perjuangan bercorak politik, ekonomi dan sosial, membentuk corak baru dalam kehidupan di England pada suku akhir abad ke-18 dan suku awal abad ke-19. |
commercial revolution | revolusi perdagangan | Sejarah | Tiada | Revolusi yang berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan, berlakunya penggunaan wang menggantikan sistem barter. |
enlightenment | makrifat (agama), kecerahan | Sains Politik | Tiada | Gerakan falsafah abad ke-18 yang menekankan hak taakul manusia dan menolak kuasa agama serta amalan politik serta menggerakkan suasana pembaharuan yang ditemui dalam Revolusi Perancis dan Revolusi Amerika. (SEJ |
directory (French) | Dewan Revolusi (Perancis) | Sejarah | Tiada | Badan pemerintahan atau pentadbiran yang kecil yang mempunyai kuasa, tanpa perkembangan dan bersifat ketenteraan ditubuhkan sewaktu Revolusi Perancis oleh golongan penyokong Roberspierre antara 1795 - 1799 |
enlightenment | makrifat (agama), kesucian kesedaran | Sejarah | Tiada | Gerakan falsafah abad ke-18 yang menekankan hak taakul manusia dan menolak kuasa agama serta amalan politik serta menggerakkan suasana pembaharuan yang ditemui dalam Revolusi Perancis dan Revolusi Amerika. (SEJ |
revolution | revolusi | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Penggulingan kuasa atau kejatuhan sistem yang wujud, yang melibatkan pemindahan kuasa pemerintahan daripada satu kepimpinan kepada satu kepimpinan lain secara kekerasan. Penggantian kepimpinan ini sering kali melibatkan penyusunan semula perhubungan sosial dan ekonomi secara radikal. Revolusi politik mengakibatkan perubahan dalam sifat kuasa pemerintahan dan individu yang terlibat dalam sistem pemerintahan. Revolusi berakhir apabila monopoli kuasa oleh sesuatu pihak berjaya dihancurkan dan pihak yang baru mengambil alih kuasa pemerintahan sesebuah negara. |
emigree | pehijrah keluar negara | Geografi | Tiada | Orang-orang yang menentang Revolusi Perancis 1789 dan dipaksa keluar dari Perancis yang terdiri daripada golongan bangsawan dan orang yang menyokong gabungan kuasa-kuasa Eropah menentang Revolusi. (SEJ |