Eco RI | Eco RI | Biologi | Genetik | Enzim pembatasan yang diperoleh daripada Escherichia coli. |
Richardson number | nombor Richardson | Sains | Hidrometeorologi | Nombor tak berdimensi, Ri, dalam kajian aliran ricihan bendalir berlapisan: Ri = dengan ialah pecutan akibat graviti; kestabilan menegak wakilan (umumnya dengan ialah suhu keupayaan); dan ricihan menegak cirian bagi angin itu. |
recombinant inbred (RI) line | titisan biak baka dalam rekombinan | Biologi | Genetik | Titisan biak baka dalam yang setiap satunya merupakan terbitan secara bebas daripada suatu generasi F2 yang terhasil daripada kacukan dua titisan progenitor pembiakbakaan dalam yang tidak ada pertalian. |
decasyllabic verse | sajak dasasuku | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mempunyai sepuluh suku kata dalam setiap baris. Contohnya, pada pantun di bawah. Da/ri Se/ku/kah mu/dik ke te/luk, Den/gan pe/ra/hu mu/at ber/du/a; Bi/a/sa bu/luh di/ke/rit bu/buk, Se/ka/rang ka/yu pu/la di/du/ga. |
decasyllabic | dasasuku | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan dalam setiap baris pada sesebuah puisi itu mengandungi sepuluh suku kata. Contohnya, pada baris pantun di bawah. Le/bah ter/be/bar ter/bang se/ka/wan, 12345678910 Hing/gap di/ce/lah ka/yu ber/du/ri; 12345678910 A/lang/kah ca/bar ru/pa/nya tu/an, 12345678910 Da/ga/ngan in/dah ti/dak ter/be/li. 12345678910 |
svara | svara | Muzik | Tiada | Pic atau ton dalam muzik klasik India. Contohnya, tujuh svara dalam sesuatu raga ialah sa, ri, ga, ma, pa, dha, ni. |
sumazau | sumazau | Muzik | Tiada | Tarian kaum Kadazandusun di Penampang dan dataran pantai Sabah yang ditarikan oleh pasangan penari lelaki dan wanita. Tarian ini dipersembahkan semasa perayaan atau upacara ritual. Terdapat dua pergerakan asas dalam tarian tersebut. Pertama, penari mengalihkan berat badan dari kaki kiri ke kaki kanan sambil mengayun tangan di sisi mengikut rentak lagu. Kedua, penari melompat-lompat sambil mendepakan kedua-dua belah tangan. Tarian sumazau diiringi ensembel gong sompogogungan. |