riboflavin | riboflavin | Bioteknologi | Tiada | Terbitan alosazin yang mempunyai cecincin pteridina yang bergabung dengan cecincin benzena. Riboflavin terdapat dalam susu sebagai riboflavin bebas, dan dalam hati, jantung, ginjal, dan telur sebagai flavoprotein yang mempunyai kumpulan prostetik FM (flavin mononukleotida) atau FAD (flavin adenina dinukleotida). Riboflavin yang dikenali juga sebagai vitamin B2, dapat dihasilkan secara fermentasi oleh Ashbya gossypii dan Eremothecium ashbyii. |
riboflavin | riboflavin | Herba | Fitokimia | Pigmen kekuningan yang larut dalam air dan merupakan salah satu ahli kompleks vitamin B. Riboflavin berfungsi sebagai enzim bagi mengawal pengoksidaan tisu dan faktor perlu bagi metabolisme sel. Molekulnya terbina daripada tiga gelang benzenoid yang terlakur, dengan dua daripadanya mempunyai nitrogen di samping rantai sisi hidrokarbon pada rantai tengah. Riboflavin ialah bahan diet yang diperlukan dan terdapat dalam sayuran hijau. |
riboflavin | riboflavin | Kimia | Tiada | Tiada |
riboflavin | riboflavin | Perubatan | Tiada | Tiada |
riboflavin | riboflavin | Perubatan | Tiada | Tiada |
riboflavin | riboflavin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sekumpulan vitamin larut air yang terdapat dengan banyak di dalam bijirin, yis, dan hati. |
riboflavin | riboflavin | Veterinar | Tiada | Vitamin larut air dan tergolong dalam kumpulan vitamin B. Vitamin ini diperlukan oleh semua jenis ternakan dan terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Vitamin ini menjadi komponen kepada beberapa koenzim yang terlibat dalam metabolisme nutrien. Tanda-tanda kekurangan vitamin ini ialah pertumbuhan yang terencat, anemia, kegagalan membiak, diarea dan pada ayam, boleh menyebabkan paralisis cakar. Sumber utama vitamin ini diperoleh daripada yis, hati, rumput hijau, susu skim dan air dadih. Sinonim vitamin B2. |
riboflavin | riboflavin | Kimia | Biokimia | Pigmen berbentuk hablur yang mempunyai rasa pahit, larut sedikit di dalam air dan asid, stabil di dalam asid, tetapi tidak stabil di dalam bes, tidak beracun, berwarna kuning kehijau-hijauan di dalam larutan, dan menjadi faktor penggalak pertumbuhan daripada vitamin B2 kompleks. Bahan yang berfungsi sebagai flavoprotein dalam pernafasan tisu ini digunakan sebagai ubat-ubatan dan pelengkap makanan haiwan. |
riboflavin | riboflavin | Perubatan | Tiada | Salah satu daripada vitamin B kompleks. Vitamin ini terdapat di dalam sayuran hijau, yis dan hati. Kekurangan vitamin ini mengakibatkan penyakit pelagra. Sin: vitamin B2 |
riboflavin | riboflavin | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Salah satu daripada Vitamin B kompleks. Vitamin ini terdapat dalam brokoli, yogurt dan roti bijirin penuh. Kekurangan vitamin ini mengakibatkan penyakit pelagra. |