Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.ma] | ريما

Definisi : bunyi yg sama pd huruf akhir atau kata akhir dlm sesuatu rangkap (spt dlm gurindam).rima II (Ast) rekahan yg kelihatan di per­mukaan planet atau satelit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.ma] | ريما

Definisi : keselarasan bunyi pd perkataan atau pd suku kata terakhir dlm sesuatu rangkap (mis pantun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rima (kata nama)
Bersinonim dengan rentak, ritma, irama, tempo.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rhymerimaKesusasteraanTiadaBunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam baris-baris puisi yang memunculkan satu pola bunyi yang jelas. Contohnya dalam pantun dan gurindam. Rima juga boleh ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima begini disebut sebagai rima tengah. Contoh rima dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Skema rima mengikuti suatu bentuk yang tetap atau bentuk yang longgar. Skema rima termudah dapat dilihat dalam bentuk kuplet. Contoh skema rima ialah: a,a,b,b, dan c,c atau bentuk kuatrin: a,b,a,b dan a,b,b,a. Lihat juga rima ekasuku, rima feminin, rima tengah.
rimarimaPerubatanTiadaTiada
rimarimaBiologiMikologiOstiol pada jasad buah sesetengah kulat yang kelihatan seperti celah.
consonancekonsonansKesusasteraanTiadaRima sumbang: Rima yang tidak sempurna atau tidak lengkap. Selalunya menghasilkan konsonansi dan kadang-kadang asonans.
trisyllabic rhymerima trisukuKesusasteraanTiadaRima berganda atau rima yang mempunyai beberapa suku kata didapati dalam puisi-puisi jenaka atau rangkap-rangkap lucu.
triple rhymerima trisukuKesusasteraanTiadaRima berganda atau rima yang mempunyai beberapa suku kata didapati dalam puisi-puisi jenaka dan rangkap-rangkap lucu.
identical rhymerima kembarKesusasteraanTiadaRima yang terdiri daripada dua suku kata dalam dua perkataan. Suku kata pertama dan kedua-dua perkataan itu harus mendapat tekanan, diikuti dengan suku kata kedua tanpa tekanan. Contoh rima kembar dalam sistem Inggeris adalah seperti yang berikut: ... dreaming/ ... streaming ...tarry/ ...marry, ...motion/ ... motion. Rima kembar dikenali juga sebagai rima feminin. Lihat juga rima feminin.
bisyllabic rhymerima dwisukuKesusasteraanTiadaRima yang menunjukkan suku kata sama yang ditekankan, diikuti oleh suku kata yang tidak ditekankan `Dam dan Dan' disebut rima, "samping dan damping" disebut rima dwi suku.
double rhymerima gandaKesusasteraanTiadaRima yang menunjukkan suku kata sama yang ditekankan diikuti oleh suku kata yang tidak ditekankan "Dam dan Dan" disebut rima, "samping" dan 'damping" disebut rima dwisuku.
rima orisrima orisPerubatanTiadaBukaan mulut
12345678910...

Kembali ke atas