arrhythmia | aritmia | Perubatan | Tiada | 1. Tiada ritma. 2. Sebarang variasi daya atau kadar jantung. |
beat | denyut ; pukul; rentak | Kesenian | Tiada | 1. Rentak: Unit ukuran ritma muzik. |
timing | pemasaan | Komunikasi | Tiada | 1. Tempo dan kelancaran lakonan dalam adegan yang dicipta melalui ritma yang dilakonkan oleh pelakon. 2. Penilaian terhadap kepadatan dan keseimbangan setiap ambilan supaya mencapai tahap kontras warna yang seimbang. 3. Tempoh masa sebenar pembikinan filem yang dicadangkan. Contohnya, dalam aspek penyediaan skrip oleh penyelia skrip, beliau akan menentukan tempoh masa sesuatu adegan di dalam skrip. Adegan yang terlalu panjang boleh dipendekkan tanpa perlu menunggu proses suntingan. |
courante | korant | Muzik | Tiada | 1.0pt;mso-ansi-language:EN-US">1. Tarian popular Zaman Barok dari Perancis yang bertempo perlahan, mengandungi hemiola dan mempunyai ritma sinkopasi. Korant merupakan gerakan kedua dalam suite yang bermeter tripel dan dalam bentuk biner. <
|
ouverture | ouverture | Muzik | Tiada | 1.0pt;mso-ansi-language:EN-US">1. Muzik pembukaan untuk sesuatu konsert, opera, oratorio, drama dan Iain-lain. 2. Ouverture Perancis bercirikan ritma bertitik. |
phosphorous poisoning | keracunan fosforus | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada fosforus putih atau fosforus kuning, yang kadang-kadang terdapat dalam racun tikus, baja, dan mercun. Dos parah adalah lebih kurang 1 mg/kg, dan had pendedahan ialah 0. 1 mg/m3. Tanda utama keracunan ialah demam kuning dan pengsan. Keracunan akut menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, ritma jantung tidak normal, dan nafas dan kumuhan berbau bawang putih, dan mungkin kelihatan berasap. Mati semasa koma atau jantung terhenti mungkin berlaku dalam masa 24 - 48 jam pertama, atau gejala pulih selama 1 atau 2 hari dan kemudian kembali semula, dengan loya dan muntah, cirit-birit, kelembutan dan pembesaran hati, demam kuning, kelesuan, tekanan darah turun, oliguria, hipoglisemia, dan perdarahan petekia multipel. Jika fosforus kuning dibiarkan kering pada permukaan kulit, ia akan tercucuh dan menyebabkan kebakaran darjah kedua hingga ketiga dikelilingi dengan lepuh. Luka akan sembuh secara perlahan. Penyedutan menyebabkan gejala keracunan akut selepas 1 - 3 hari. Keracunan kroni |
quinidine poisoning | keracunan kuinidina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan kuinidina, iaitu ubat antiaritmik yang digunakan untuk merawat ritma jantung yang tak seragam. Tanda utama keracunan ialah tekanan darah menurun dan loya. Keracunan akut menyebabkan tinitus, sakit kepala, loya, cirit-birit, pening, tekanan darah menurun dengan teruk sehingga hilang denyutan, nistagmus, bradikardia, dan kegagalan pernafasan. Keracunan kronik menyebabkan trombositopenik purpura yang mungkin teljadi selepas penggunaan kuinidina dalam masa yang singkat. Selepas pulih, dos tunggal 0.05 g - 0.1 g akan menyebabkan teljadi semula tanda purpura. Demam, urtikaria, pengelupasan, dan tindak balas anafilaksis mungkin berlaku. Dos maut mungkin serendah 0.2 g. Penemuan patologi dalam kematian akut tidak mempunyai ciri tertentu. |
licenza | licenza | Muzik | Tiada | Pemuzik diberi kebebasan untuk melenturkan ritma dan tempo sesebuah karya yang dipersembahkan. Contohnya, bahagian pembukaan Prelud No. 1 daripada Three Preludes oleh Gershwin. |
tarantella | tarantella | Muzik | Tiada | 1. Tarian rakyat yang berasal dari Itali Selatan. Tarantella bermeter 3/8 atau 6/8 dan bertempo rancak. 2.Muzik berdasarkan ritma tarian tarantella yang popular pada abad ke-19 dan abad ke-20. Muzik jenis ini biasanya dalam tempo laju dan bercirikan teknik virtuoso. |
flamenco | flamenco | Muzik | Tiada | 1. Muzik dan tarian Sepanyol yang berirama rancak. Melodi dihiasi ornamen serta not yang diulangi. Flamenco dalam mod phrygian dan tamat dengan kadens phrygian. 2. Gaya persembahan gitar yang bercirikan improvisasi. Gaya ini mengutamakan ritma rancak dan melodinya mengandungi not yang diulangi. |