Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.zos.fé.ra] | ريزوسفيرا

Definisi : (rizosféra) (Tani) kawasan di dlm tanah yg mengelilingi akar tumbuhan, yg keadaannya dipengaruhi oleh rembesan akar tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rizosfera


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plant rhizosphererizosfera tumbuhanPertanianAgroteknologiKawasan tanah yang mengelilingi akar tumbuhan. Rizosfera ini mengandungi bahan rembesan dan mikroorganisma daripada akar tumbuhan. Rembesan daripada akar membentuk bahan lendir yang menyebabkan butiran tanah melekat pada akar serta membantu menyerap air dan menggalakkan pertumbuhan bakteria pengikat nitrogen seperti Rhizobium. Banyak bakteria daripada akar yang terdapat dalam rizosfera ini menjadi makanan kepada protozoa dan kulat, menjadikan kawasan ini kaya dengan populasi mikroorganisma. Kebanyakan kitaran nutrien berlaku dalam kawasan rizosfera.
rhizosphererizosferaPertanianAgronomi

 Kawasan tanah yang dipengaruhi pertumbuhan akar tanaman dan mempunyai aktiviti mikroorganisma. Rizosfera adalah penting untuk pengambilan nutrien dan air yang dibantu oleh kehadiran mikroorganisma seperti mikoriza dalam tanah.

rhizosphererizosferaGeografiTiadaTiada
rhizosphererizosferaPertanianTiadaTiada
rhizosphererizosferaPerhutananTiadaTiada
rhizosphererizosferaPertanianTiadaTiada
rhizosphererizosferaBiologiEkologiKawasan di dalam tanah yang mengelilingi akar tumbuhan. Kawasan ini dipengaruhi oleh rembesan akar tersebut.
rhizosphere effectkesan rizosferaPertanianTiadaTiada
rhizofloralrizofloraBiologiEkologiMikroflora yang hidup di rizosfera, iaitu zon di sekitar akar dan rerambut akar.
pre-penetration periodkala prapenembusanBiologiPatologiTempoh mulai daripada inokulum berada di dalam persekitaran perumah (misalnya rizosfera) hingga tisu perumah berjaya ditembusi oleh inokulum tersebut. Dalam tempoh ini, patogen dipengaruhi oleh mikroiklim, dan eksudat yang dihasilkan oleh perumah.
12

Kembali ke atas