radon | radon | Kimia | Tiada | Unsur radioaktif dalam kumpulan O atau VIIIA (atau 18) jadual berkala, iaitu kumpulan gas adi, simbol Rn, nombor atom 86, berat atom 222.02, takat lebur ‒71°C, takat didih ‒61.8°C, berbentuk gas monoatom yang tidak berwarna, memancarkan sinar alfa, larut di dalam air, dan terdapat 18 isotop radioaktif dengan yang paling stabil, Rn-222, mempunyai setengah hayat 3.8 hari. Unsur ini diperoleh daripada hasil reputan radium-226. Radon digunakan dalam perubatan, radiografi, dan sebagai penyurih kebocoran dan pengukur kadar alir. |
arithmetico-geometric progression | janjang geometri-aritmetik | Matematik | Tiada | d] rn-1. |
diazo compound | sebatian diazo | Kimia | Tiada | Sebatian organik dengan formula am RN:NR'. |
phase space | ruang fasa | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Ruang yang dijelaskan oleh set (rN, pN), dengan r = koordinat, P = konjugat momentum, N = matra ruang. Konsep ini sesuai bagi sistem klasik sahaja. |
carbodiimide | karbodiimida | Kimia | Tiada | 1. Tautomer sianamida yang tak stabil, HN=C=NH.,2. Sebarang sebatian dengan formula amnya, RN=C=NR. |
Mear criterion I | kriteria Mear I | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kriteria yang menyatakan bahawa kadar resapan luar akan mengehadkan tindak balas kimia bermangkin jika (-rA) rB rn/kc CA < 0.15, dengan -rA = kadar tindak balas A, -rB = ketumpatan pukal mangkin, r = jejari mangkin, n = tertib tindak balas, CA = kepekatan bahan tindak balas A, kC = pemalar pemindahan jisim. |
alpha decay | pereputan alfa | Fizik | Atom dan Nuklear | Pereputan bahan radioaktif yang memancarkan zarah alfa. Semasa pereputan ini, nombor atom menurun kepada 2 unit dan nombor jisim kepada 4 unit. Contohnya, Rn-222 dengan nombor atom 86 dan nombor jisim 222 dijana daripada pereputan alfa Ra-226 dengan nombor atom 88 dan nombor jisim 226. |
Mie potential | keupayaan Mie | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Keupayaan yang menjelaskan daya antara molekul tak berkutub, yang berbentuk sfera serta bersimetri tinggi dan jauh terpisah (iaitu larutan cair). Keupayaan keseluruhan GTOT molekul ini dianggarakan sebagai GTOT = A/rn � B/rm, dengan A dan B = pemalar, n dan M = eksponen. Nilai A dan B ditentukan daripada data eksperimen kelikatan, resapan diri, dan juga sifat isi padu gas. Nilai n dan m pula ditentukan secara teori. Lazimnya 8 < n < 16 dan m = 8. Keupayaan ini merupakan asas penerbitan keupayaan Lennard-Jones dan digunakan untuk menganggarkan sifat termodinamik dan pengangkutan gas cair tak berkutub. |
inverse power law repulsive potential | hukum kuasa songsangan keupayaan tolakan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Hukum yang menyatakan bahawa keupayaan daya tolakan di antara molekul G(r) berubah secara eksponen dengan jarak di antara molekul r dan diungkapkan sebagai G = A/rn dengan A = pemalar, n = tertib tertentu. |
electron affinity | afiniti elektron | Fizik | Nanoteknologi | Tenaga yang diperlukan untuk mengeluarkan elektron daripada ion negatif, bagi memulihkan semula keneutralan sesuatu atom atau molekul atau tenaga yang diserap apabila elektron ditambah pada atom neutral untuk membentuk ion bercas negatif. Kebanyakan unsur mempunyai afiniti elektron negatif yang membawa maksud tenaga tidak diperlukan untuk menambahkan elektron, sebaliknya tenaga dibebaskan. Secara amnya, bukan logam mempunyai lebih afiniti elektron negatif berbanding logam. Walau bagaimanapun, gas nadir mempunyai afiniti elektron positif. Afiniti elektron yang tertinggi ialah atom klorin (Cl), iaitu kira-kira ?349 kJ/mol sementara radon (Rn) yang paling lemah untuk menarik elektron dengan nilai afiniti elektronnya ialah ? 41 kJ/mol. |