cross hybridization | penghibridan silang | Biologi | Genetik | Pembentukan hibrid DNA-DNA, RNA-DNA atau RNA-RNA antara prob dan asid nukleik sasaran yang mempunyai jujukannukleotida yang berpelengkap. |
small satellite RNA | RNA satelit kecil | Biologi | Genetik | Molekul RNA kecil yang berasosiasi dengan sesetengah virus RNA tumbuhan. RNA satelit. |
small cytoplasmic RNA | RNA sitoplasma kecil | Biologi | Genetik | Molekul RNA yang menyerupai RNA nukleus kecil tetapi berada dalam sitoplasma. Dalam keadaan aslinya, RNA ini didapati dalam zarah ribonukleoprotein kecil. |
small nuclear RNA | RNA kecil nukleus (snRNA) | Biologi | Genetik | Spesies RNA kecil yang wujud di dalam nukleus. Sebilangannya terlibat dalam proses hiris-cantum atau tindak balas pemprosesan RNA yang lain. |
recombinant RNA technology | teknologi RNA rekombinan | Biologi | Genetik | Teknik untuk menggabungkan molekul RNA asing atau hirisan RNA berlainan daripada spesies yang sama. |
liquid hybridization | penghibridan cecair | Biologi | Genetik | Pembentukan rantai asid nukleik berheliks ganda-dua (DNA dan DNA, dan RNA, atau RNA dan RNA) daripada pelengkap bebenang tunggal dalam larutan. |
messenger RNA | RNA pengutus | Perubatan | Tiada | RNA yang membawa maklumat tentang kod genetik DNA dari nukleus sel ke ribosom, dan kod itu ditukarkan kepada protein. |
antisense RNA | RNA antierti | Biologi | Genetik | RNA komplementari yang dihasilkan secara kejuruteraan genetik supaya mengikat kepada mRNA gen tertentu untuk merendahkan pengekspresian gen tersebut. |
chromosomal RNA | RNA kromoson | Biologi | Genetik | RNA yang terdapat pada kromosom semasa pembahagian sel atau sewaktu interfasa. |
satellite RNA | RNA satelit | Biologi | Genetik | lih. RNA satelit kecil. |