sucker rod | rod penyedut | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : rod Rod keluli yang khusus dibuat sesuai dengan ketentuan piawai dimensi dan ketentuan logam yang dikehendaki oleh piawaian API. Panjangnya 25 kaki atau 30 kaki dan garis pusatnya berkisar antara ½ inci hingga 1 1/8 inci. Setiap hujungnya mempunyai ulir yang boleh diskrukan di antara satu sama lain bagi membentuk rentetan rod penyedut yang diperlukan oleh sistem pengepaman rod penyedut. |
polished rod | rod tergilap | Kejuruteraan | Petroleum | Bahagian paling atas rentetan rod penyedut yang digunakan untuk mengangkat bendalir dari dasar telaga ke permukaan dengan kaedah pengepaman rod. Rod ini mempunyai garis pusat yang seragam dan digilap dengan licin bagi mengurangi geseran semasa bergerak dan supaya pengedapan tekanan di kotak asakan yang dipasang di bahagian atas kepala telaga akan lebih berkesan. Dengan demikian, kecekapan pengepaman rod meningkat dan tidak terjadi kebocoran tekanan di kepala telaga. |
sucker rod coupling | gandingan rod penyedut | Kejuruteraan | Petroleum | Gegasan yang mempunyai bebenang di bahagian dalamnya yang digunakan untuk menyambung rod-rod penyedut yang digunakan dalam sistem pengenapam rod penyedut supaya terbentuk rentetan rod penyedut. |
curtain rod | rod langsir; rod tabir; rod tirai | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
pony rod | rod keldai | Kejuruteraan | Petroleum | 1) Rod penyedut yang digunakan pada pam rod penyedut yang panjangnya kurang daripada 25 kaki. 2) Rod yang disambungkan ke rod penghubung dan rod omboh dalam pam lumpur. |
rod stripper | pelecut rod | Kejuruteraan | Petroleum | Peranti yang digunakan untuk membersihkan rod daripada minyak berat atau parafin-parafin lain apabila rod dari pam rod penyedut yang digunakan ditutupi atau disaluti minyak berat atau parafin-parafin lain. Peranti ini boleh juga digunakan apabila telaga dialirkan melalui tetiub semasa rod dari pam rod penyedut sedang ditarik keluar. Kadangkala peranti ini boleh juga digunakan sebagai pencegah semburan keluar semasa telaga menggunakan sistem pam rod penyedut untuk pengeluarannya. |
reinforcement | pengukuhan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Peneguhan: Penguatan konkrit, plaster atau mortar dengan membenamkan rod-rod keluli atau jejaring dawai di dalamnya.,2. Tetulang: Rod keluli atau jejaring dawai yang dibenamkan dalam konkrit, plaster atau mortar untuk memperkukuhkannya.,3. Amaun logam kimpalan mengunjur di atas logam induk |
tail out rod | rod keluar ekor | Kejuruteraan | Petroleum | Menarik dasar rod penyedut menjauhi telaga bila rod telaga direbahkan di permukaan. Dilakukan untuk tujuan perawatan, servis atau membawa rod berkenaan ke tempat yang jauh dari telaga iaitu tempat rod telah digunakan. |
regulating rod | rod pengawal | Fizik | Atom dan Nuklear | Rod yang mempunyai kesetaraan kereaktifan kecil dan digunakan untuk melakukan pelarasan halus kepada kereaktifan reaktor nuklear. Rod tersebut biasanya bergerak lebih cepat daripada rod syim dan mempunyai nilai kereaktifan kurang daripada satu dollar. Lihat juga rod syim. |
abacus | abakus/sempoa | Matematik | Tiada | Sejenis alat hitung lama yang terdiri daripada rod-rod dan manik-manik. |