black theatre | teater hitam | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang bermula dengan hasrat warga Amerika yang berkulit hitam untuk mencari jati diri. Teater hitam dipengaruhi oleh Gerakan Hak-hak Sivil, dan gerakan Black Power di Amerika Syarikat. Pada tahun 60-an, gerakan teater ini menjadi semakin radikal. Pelakon teater berkulit hitam mula memisahkan diri mereka daripada pelakon teater berkulit putih Amerika. Seterusnya, mereka mementaskan teater untuk penonton berkulit hitam sahaja walaupun untuk drama Shakerspeare. Teater pertama dipentaskan oleh pelakon teater berkulit hitam berjudul A Raisin in the Sun (1959) oleh Hansberry. Antara pelakon teater dan drama berkulit hitam yang terkemuka ialah Jamses Baldwin, Ed Bullins, dan Le Roi Jones. Le Roi kemudiannya menukarkan nama kepada Amamu Amiri Baraka. Lihat juga negritude. |
aquatic drama | drama air | Kesenian | Drama dan Teater | Genre persembahan drama yang dilakukan di atas permukaan air sama ada di sungai, tasik atau dalam tangki yang dibina khas. Watak boleh dimainkan oleh manusia atau patung yang digerakkan oleh pemain seperti Mua Roi Nuocdi Vietnam. |
trouvere | trouvere | Muzik | Tiada | Ahli muzik dan penyajak dari Perancis Utara yang popular pada abad ke-12 dan abad ke-13. Sebanyak 2130 buah puisi dalam bahasa Perancis dan 1420 lagu oleh trouvere masih wujud. Lagu trouvere bertekstur monofoni dan digubah secara silabik. Bentuk baris ulang merupakan salah satu ciri utama lagu trouvere. Perrin D'Angicourt (sekitar tahun 1245 -1270), Thibaut IV, Roi de Navarre (sekitar tahun 1202-1253) dan Adam de la Halle (sekitar tahun 1250-1288) adalah antara trouvere utama. |