Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ruang
Kata Terbitan : ruangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wide angle lenskanta bidang luasKomunikasiTiadaKanta cembung yang mampu merakam kawasan penggambaran yang lebih luas berbanding dengan kanta biasa. Ruang liputan untuk kanta ini ialah antara 60 hingga 65 darjah keluasan berbanding dengan kanta biasa iaitu antara 45 hingga 50 darjah.
primary service areakawasan liputan utamaKomunikasiKorporatKawasan utama yang mendapat liputan perkhidmatan atau kawasan utama pengedaran barangan secara tertumpu. Jenis perkhidmatan dan barangan adalah seperti perkhidmatan siaran radio dan televisyen, telekomunikasi dan media cetak, serta barangan pengguna. Keutamaan sesuatu ruang liputan bergantung pada jumlah khalayak atau pengguna, status sosial, dan budaya pengguna. Siranya sesuatu kawasan mempunyai jumlah penduduk yang ramai, kawasan ini biasanya menjadi ruang liputan utama bagi pengedaran sesuatu barangan dan perkhidmatan. Contohnya, bagi liputan perkhidmatan penyiaran dan telekomunikasi, alat penerima pemancar siaran yang tinggi kuasanya diletakkan di kawasan tersebut. Status keutamaan sesuatu kawasan liputan menentukan kadar bayaran pengiklanan yang dikenakan.
secondary service areakawasan liputan sampinganKomunikasiKorporatKawasan sampingan yang mendapat liputan perkhidmatan atau kawasan pengedaran barangan secara tertumpu. Jenis perkhidmatan dan barangan adalah seperti perkhidmatan siaran radio dan televisyen, telekomunikasi dan media cetak, serta barangan pengguna. Sesuatu kawasan dikategorikan sebagai kawasan liputan sampingan sekiranya jumlah penduduk lebih kecil, berselerak, dan status sosioekonomi yang sederhana. Faktor ini menyebabkan ruang lingkup pengedaran sesuatu barangan atau perkhidmatan lebih terhad. Dari segi media elektronik dan komunikasi, kedudukan kawasan terletak di pinggir ruang liputan alat pemancar siaran dan telekomunikasi. Kadar bayaran ruang pengiklanan yang dikenakan adalah lebih rendah.
coverage intersticeruang antara liputanGeologiTiadaTiada
coverage intersticeruang antara liputanGeografiTiadaTiada
news deskmeja beritaKomunikasiTiadaRuang yang disediakan untuk memudahkan pihak wartawan membuat liputan mengenai acara tertentu. Pelbagai kemudahan asas untuk wartawan juga disediakan di ruang ini. kaunter akhbar.
press boxruang akhbarKomunikasiTiadaTempat yang dikhaskan untuk para wartawan membuat liputan acara atau temasya.
forest coverliputan hutanPerhutananPengurusan HutanPokok atau tumbuhan hutan yang mempunyai silara yang menutup ruang hutan.
press gallerybilik mediaKomunikasiTiadaBilik atau ruang yang dikhaskan untuk wartawan membuat liputan mengenai sesuatu peristiwa atau acara yang sedang berlangsung.
lobbyingpelobianKomunikasiKorporatSistem, proses, dan kaedah mempengaruhi pendapat individu atau kumpulan yang boleh memberikan kepentingan kepada pelobi. Pelobian merupakan sistem apabila organisasi menyediakan ruang dan prosedur pengurusan yang terancang bagi melaksanakan proses dan kaedah pelobian. Pelobian merupakan proses komunikasi pemujukan yang terancang dan berstruktur bagi memastikan sesuatu perubahan pendapat dan tindakan yang ingin dilaksanakan boleh dijayakan. Pelobian merupakan kaedah apabila setiap proses pelobian menggunakan pelbagai alat komunikasi pemujukan. Alat komunikasi ini boleh dalam bentuk komunikasi manusia dan komunikasi massa. Contohnya, komunikasi antara peribadi dan liputan berita akhbar, radio, atau televisyen. Matlamat pelobian biasanya dilakukan untuk mengubah sesuatu keputusan yang boleh memberikan manfaat kepada pelobi atau mempengaruhi pendapat khalayak umum supaya menyokong pendirian pelobi.
12

Kembali ke atas