living room | ruang tamu | Kesenian | Seni Bina | Ruang atau kawasan di dalam sebuah rumah kediaman yang digunakan untuk berehat dan bersosial. Ruang tamu kadangkala disebut sebagai bilik depan kerana terletak berhampiran dengan pintu masuk utama di bahagian depan rumah. Istilah ruang tamu dicipta pada penghujung abad ke-19 atau awal abad ke-20. Di Malaysia, penggunaan ruang tamu boleh dilihat pada semua jenis tipologi rumah. |
lounge chair | kerusi ruang tamu | Kesenian | Tiada | Kerusi atau perabot yang direka khusus untuk diletakkan di ruang tamu, rumah, pejabat dan sebagainya. |
drawing room play | drama ruang tamu | Kesusasteraan | Tiada | Drama berlatarkan ruang tamu rumah dari awal hingga penghujung plot. Drama ini berkembang semasa zaman Victorian di United Kingdom. Drama Melayu beraliran realisme cenderung memaparkan latar ini. Contoh: Drama Tamu di Bukit Kenny karya Usman Awang dan Atap Genting Atap Rumbia karya Kala Dewata. |
hall stand | kabinet ruang tamu | Kesenian | Tiada | Kabinet tinggi yang mempunyai cermin muka, penyangkut dan ruang menyimpan barang, biasanya diletakkan di laluan masuk ruang tamu. |
presidential suite | suite presiden | Pelancongan | Tiada | Bilik hotel yang mempunyai ruang tamu dan bilik tamu yang dilengkapi dengan peralatan mewah dengan harga yang mahal. |
suite | bilik suite | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 2. Bilik bercantum yang mempunyai satu atau lebih katil dan ruang tamu dan biasanya mempunyai bilik tambahan seperti bilik tamu. |
tiny house | rumah mongel | Seni Bina | Tiada | Rumah kecil dengan keluasan sekitar 400 hingga 900 kaki persegi dan memiliki ruang yang terhad bagi ruang tamu, tempat tidur, bilik air dan dapur. Rumah ini dibina dengan reka bentuk yang comel dan menarik. |
focal point | titik fokus . | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Bahagian sesuatu objek yang paling menarik perhatian pemerhati di dalam ruang. Contohnya, lukisan atau ayat suci di ruang tamu. 2. Titik penting yang digunakan dalam unjuran lukisan perspektif atau lakaran. |
closet drama | drama bacaan | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang biasanya berbentuk puisi yang lebih sesuai dibaca daripada dilakonkan di pentas. Biasanya, drama bacaan dibaca untuk kelompok penonton kecil dan khas, terutamanya di ruang tamu. Contohnya, drama Samson Agonistes oleh Milton dan Pippa Passes oleh Browning. Contoh sastera Nusantara ialah Jalan Mutiara oleh Sitor Situmorang (1954) dan Petang di Taman oleh Iwan Simatupang (1966). Dalam Kesusasteraan Arab, contoh drama bacaan ialah Masrahiyat Muhammad oleh tawfiq al-Hakim. Drama bacaan dikenali juga dengan nama drama bilik tamu. |
android | android | Teknologi Maklumat | Tiada | Robot anthropomorfic iaitu robot yang kelihatan seperti manusia. Ramai pembangun android menggelarkan ciptaan mereka sebagai “robot manusia” dan bukannya “android”. Contohnya, android Valerie adalah android domestik yang menggunakan pensintesis suara AT&T yang memberikan suara seperti manusia. Gambar (a), (b) dan (c) di bawah menunjukkan Valerie sedang berada di ruang tamu, di ruang makan dan di ruang foyer. Sila rujuk http://www.androidworld.com/ |