Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rumah kaca; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bangunan khas yg bumbung dan dindingnya dibuat drpd kaca, gunanya sbg tempat menanam pokok dlm keadaan terkawal, melindungi tanaman drpd cuaca yg tidak baik dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
greenhouse effectkesan rumah hijauSainsHidrometeorologiKesan pemanasan yang dikenakan oleh atmosfera ke atas bumi kerana atmosfera (terutama wap airnya) menyerap dan memancarkan semula sinaran inframerah. Dalam memahami konsep kesan rumah hijau, perlu diambil perhatian bahawa pemanasan tambahan yang mustahak adalah disebabkan oleh sinaran lawan dari atmosfera. Kepingan kaca rumah hijau yang berfungsi dengan cara ini beranalogi tepat dengan atmosfera dalam mengekalkan suhu tinggi rumah hijau, dan daripada inilah terbitnya nama kesan ini.
greenhouse gasesgas rumah hijauPertanianAgroteknologiGas yang dilepaskan ke atmosfera melalui proses semula jadi dan aktiviti manusia. Contoh gas yang banyak dilepaskan ke atmosfera ialah karbon dioksida melalui aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil, sisa pepejal, dan tindak balas kimia seperti industri pembuatan simen. Gas lain yang turut dilepaskan ialah metana melalui aktiviti penternakan dan pertanian serta pereputan sisa organik di tapak pelupusan sisa pepejal. Selain itu, gas-gas lain seperti klorofluorokarbon dan nitrogen oksida juga merupakan gas rumah hijau yang terhasil daripada aktiviti manusia. Kesan daripada pelepasan gas rumah hijau secara berleluasa ke atmosfera akan menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau seperti peningkatan suhu dunia, kenaikan aras laut, daratan yang rendah ditenggelami air, dan berlaku juga penurunan hasil pertanian dan penternakan kerana kurang fotosintesis apabila tumbuhan tertentu (pengeluar) mati.
green house productionpengeluaran rumah hijauPertanianAgroteknologiPengeluaran hasil pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan atau bunga-bungaan dari rumah kaca. Rumah kaca ini menggunakan teknologi tinggi dan dilengkapi dengan kemudahan sistem hidroponik, cahaya, suhu, pengairan dan kawalan komputer untuk meningkatkan pengeluaran secara maksimum. Pengeluaran sebegini jauh lebih tinggi berbanding pengeluaran secara terbuka atau konvensional kerana serangan penyakit dan serangga serta keadaan kelembapan boleh dikawal. Pengeluaran rumah hijau biasanya digunakan untuk penghasilan tanaman bernilai tinggi seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran seperti tomato, strawberi, salad dan cili. Di kawasan beriklim sejuk, pengeluaran rumah hijau membolehkan tanaman dilakukan semasa musim sejuk.
greenhouse effectkesan rumah hijauBiologiEkologiKesan pemanasan atmosfera terhadap bumi. Gelombang cahaya matahari melalui udara diserap oleh bumi. Bumi kemudiannya memancarkan semula tenaga ini sebagai gelombang haba dan diserap oleh udara, terutama oleh karbon dioksida. Oleh itu udara bertindak sebagai kaca di dalam rumah hijau, yang membenarkan kemasukan cahaya, tetapi tidak membenarkan kemasukan haba.
green house effectkesan rumah hijauPertanianAgroteknologiFenomena yang disebabkan oleh peningkatan suhu bumi akibat pemerangkapan haba dan karbon dioksida. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kepekatan karbon dioksida yang tinggi dalam atmosfera. Antara punca yang menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau adalah disebabkan aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka dan pembakaran hutan, pengeluaran asap kenderaan atau kilang, pembakaran bahan api fosil secara berlebihan, kekurangan pokok atau tumbuhan hijau, dan pembakaran hutan serta penerokaan hutan secara berlebihan.
carbon sequestrationsekuestrasi karbonPertanianAgroteknologiProses mengikat karbon dioksida dari udara untuk mengurangkan gas rumah hijau akibat pemanasan global. Kebanyakan proses ini dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan melalui proses fotosintesis yang menyebabkan karbon dioksida diikat bersama-sama air untuk menjadi karbohidrat. Selagi tumbuhan ini tidak dimusnahkan, karbon dioksida ini akan terus berada dalam bentuk karbohidrat. Ini bermakna untuk mengurangkan pemanasan global, kawasan yang ditumbuhi tumbuh-tumbuhan perlu dikekalkan atau ditambah. Sebaliknya, aktiviti menebang dan membakar hutan akan membebaskan karbon dioksida dan meningkatkan kandungan gas rumah hijau serta memburukkan lagi pemanasan global.
carbon footprintcap kaki karbonPertanianAgroteknologiKuantiti gas rumah hijau termasuk karbon dioksida dan metana yang terhasil akibat daripada proses mengeluarkan sesuatu produk, termasuk hasil pertanian. Ia dikira dengan mengukur kuantiti gas yang tercetus daripada aktiviti seperti membajak tanah, mengaplikasi baja, meracun rumpai dan menuai pokok. Cap kaki karbon bersih merupakan jumlah gas yang dihasilkan tolak gas karbon dioksida yang diserap oleh tanaman dalam proses fotosintesis sepanjang kehidupan tanaman tersebut. Kaedah pengeluaran tanaman yang efisien dan mesra alam adalah yang mempunyai cap kaki karbon yang kecil.
protocolprotokolUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian subsidiari yang merupakan sampingan atau tambahan kepada sesuatu triti. Protokol juga boleh dimeterai bagi meminda triti yang sedia ada. Contohnya, Protokol Kyoto 1997 yang merupakan triti tambahan kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB 1992 (UNFCCC). Bagi mencapai matlamat UNFCCC untuk menstabilkan kepekatan gas rumah hijau dalam atmosfera, Protokol Kyoto meletakkan obligasi ke atas negara maju untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida yang menyebabkan pemanasan global.
prestomumprastomumBiologiEntomologiStruktur tempat bertumpunya salur makanan atau pseudoktrakea di pangkal dua labela atau lobus mulut pada langau hijau, lalat rumah, atau serangga yang serupa. Struktur ini bukan mulut sebenar.
green beltjalur hijauBiologiEkologiKawasan tertentu yang tidak dibenarkan mendirikan bangunan atau rumah. Kawasan ini diwujudkan untuk memisahkan kawasan perindustrian daripada kawasan perumahan. Misalnya, Bukit Nanas dan Taman Tasik Perdana merupakan jalur hijau di Kuala Lumpur.
12

Kembali ke atas