Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perihal rumah dan kehidupan dlm rumah, rumah dgn keluarga yg men­diaminya; berumah tangga 1. mengurus rumah tangga, berkeluarga: pendapatan dan umurnya sudah cukup utk dia ~; 2. berkahwin (beristeri atau bersuami): sebelum aku mati mahulah aku melihat engkau ~ dulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 segala yg berkaitan dgn urusan rumah atau kehidupan dlm rumah. 2 perkahwinan: ~ yg bahagia. mendirikan ~ berkahwin. berumah tangga berkahwin (sama ada beristeri atau bersuami). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dayang Juita berjalan kaki,
     Rumah buruk tangga sembilan;
Menyuruh gila apakan jadi,
     Seperti pungguk rindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Memelihara penyengat dalam baju.

Bermaksud :

Mempunyai musuh dalam rumah tangga sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
householdisi rumah; rumah tanggaKependudukanTiadaTiada
householdisi rumah; rumah tanggaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
householdisi rumah; rumah tanggaSosiologiTiadaTiada
broken homerumah tangga pecah-belahSosiologiTiadaRumah tangga yang suami atau isterinya telah bercerai , bergaduh atau meniggalkan keluarga.
domestic melodramamelodrama rumah tanggaKesenianDrama dan TeaterCorak melodrama yang memaparkan kisah pergolakan rumah tangga atau kesengsaraan kehidupan sesebuah keluarga.
home economicekonomi rumah tanggaPentadbiran PerniagaanTiadaBidang kajian dan penyelidikan atau urusan tentang hal-hal perbelanjaan, penggunaan barang-barang dan lain-lain dalam rumah tangga.
hometempat kediaman; rumah tanggaPentadbiran PerniagaanTiadaTempat kediaman: Kawasan, ruang, rumah dan lain-lain yang didiami.,Rumah tangga: Perihal rumah dan kehidupan dalam rumah dengan keluarga yang mendiaminya.
domesticrumah tanggaKejuruteraanTiadaTiada
broken homerumah tangga pecah-belahPendidikanTiadaTiada
housewiferyurusan rumah tanggaPentadbiran PerniagaanTiadaPengurusan atau perhatian tentang hal-hal domestik.
12345678910

Kembali ke atas