Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.bun] | سابون

Definisi : sj bahan pencuci pakaian (badan dll) yg diperbuat drpd lemak dan soda; ~ basuh sabun yg digunakan utk membasuh (pakaian dll); ~ mandi (wangi) sabun yg harum baunya utk mandi; bersabun memakai sabun: kami mandi tidak ~; menyabun 1. mencuci dgn sabun; 2. menjadi spt sabun; penyabunan (Kim) proses penghasilan sabun drpd lemak melalui pemanasan lemak dgn alkali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.bun] | سابون

Definisi : (warna) putih atau putih kekuning-kuningan; anjing ~ anjing yg putih bulunya; orang ~ orang yg balar kulitnya; sakit ~ sakit kencing nanah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.bun] | سابون

Definisi : ; buah ~ sj tumbuhan (pokok), buah lerak, Sapindus rarak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sabun (kata nama)
Bersinonim dengan bahan pencuci, sintuk, syampu, detergen;,
Kata Terbitan : menyabun,

Puisi
 

Kain putih disesah putih,
     Tengah bersesah sabun hilang;
Tuan kasih saya pun kasih,
     Tengah kasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dusting powderserbuk sabun;; bedak sabun (bayi), serbuk pendebuanKimiaTiadaTiada
soapsabunKejuruteraanPetroleumSebatian garam yang mempunyai berat molekul tinggi yang merupakan gabungan antara ion-ion naterium atau kalium dengan asid lemak. Jika terdapat beberapa logam yang lain daripada naterium atau kalium, ia dikenali sebagai sabun logam. Sabun biasanya digunakan dalam bendalir penggerudian untuk meningkatkan pelinciran, pengemulsian, penyahbusaan, dan lain-lain
soaf soapsabun lembutFarmasiTiadalih. sabun liat.
Castile soapsabun CastileFarmasiTiadalih. sabun liat.
soapsabunFarmasiTiada1. Garam daripada asid lemak. Contohnya, sabun kastil. 2. Agen aktif permukaan anion yang digunakan untuk pencucian.
enema saponisenema sabunPerubatanTiadaEnema yang menggunakan sabun atau minyak zaitun untuk mengeluarkan tinja.
hard waterair liatBiologiEkologiAir yang mengandungi ion kimia, seperti kalsium, dan magnesium. Air liat tidak dapat menghasilkan buih dengan sabun kerana ionnya bertindak dengan sabun lalu membentuk mendakan. Oleh itu, air ini memerlukan banyak sabun untuk menghasilkan buih. Setengah-setengah bahan kimia perosak akan mengumpul dan mengendap apabila dimasukkan ke dalam air liat.
saponifiable matterjirim boleh sabunMakanan dan PemakananTeknologi MakananBahan yang bertindak balas dengan alkali untuk membentuk sabun. Contoh, asid lemak.
salting outpemendakan dengan garamKimiaTiadaProses pengasingan sesuatu bahan daripada larutannya dengan menggunakan garam. Proses ini digunakan terutamanya dalam pembuatan sabun dengan menggunakan larutan natrium klorida pekat untuk mengasingkan sabun sebagai pepejal putih pada akhir proses penyabunan.
soapstonebatu sabunFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas