prior preferred stock | saham keutamaan dulu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Saham keutamaan yang mempunyai tuntutan lebih dahulu daripada saham-saham keutamaan yang dikeluarkan oleh syarikat. |
shareholder's register | daftar pemegang saham | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Daftar yang mengandungi maklumat tentang pemegang saham bagi setiap pemegang saham, termasuk nama pemegang saham, bilangan saham yang dimiliki, nilai dan jenisnya. |
investment vehicle | instrumen pelaburan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Jenis-jenis pelaburan seperti bon, saham, saham keutamaan, debentur dan sebagainya. |
gold mutual fund | dana amanah emas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Dana amanah yang mempunyai portfolio yang terdiri daripada saham-saham syarikat perlombongan emas. |
sahm mumtazah | saham keutamaan | Perniagaan Islam | Tiada | Saham yang diterbitkan dengan ciri istimewa untuk membezakannya daripada saham biasa. Contoh keistimewaan saham keutamaan adalah mendapat dividen terlebih dahulu, ciri dividen boleh bersifat kumulatif dan boleh ditukar menjadi saham biasa. Walau bagaimanapun, pemilik saham keutamaan tidak mempunyai kuasa mengundi. Sinonim asham mumtazah. |
sahm lihamiliha | saham pembawa | Perniagaan Islam | Tiada | Sijil saham yang tidak tercatat nama pemilik. Individu yang membawa sijil saham tersebut dianggap sebagai pemilik saham oleh syarikat. Saham pembawa tidak sah dari segi syarak kerana tidak dapat dipastikan pemilik sebenar serta boleh mewujudkan perbalahan antara pembawa dengan pemilik sebenar saham tersebut. Sinonim asham lihamiliha. |
waqf share | saham wakaf | Ekonomi | Ekonomi Islam | Wakaf dalam bentuk saham yang dikeluarkan dan dijual oleh sesebuah institusi kepada orang ramai yang ingin membuat sumbangan wakaf berdasarkan jumlah yang tertera pada saham berkenaan. Pengeluar saham tersebut akan bertindak sebagai nazir untuk mengumpul dana wakaf dan menguruskannya bagi menghasilkan pendapatan atau manfaat yang berterusan selaras dengan objektif wakaf itu diwujudkan. Wakif tidak menerima keuntungan atau dividen daripada saham wakaf itu, sebaliknya keuntungan tersebut diserahkan kepada nazir untuk diberikan kepada penerima wakaf. Contohnya, Saham Wakaf Johor, Saham Wakaf Melaka dan Saham Wakaf Selangor yang masing-masing dengan nilai minimum RM10 seunit. |
cyclical stock | saham kitar; stok kitar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Saham kitar: Saham yang harganya cenderung naik atau turun pada musim tertentu disebabkan jenis keluaran dan perkhidmatan. |
stock split | pecahan saham | Pentadbiran | Tiada | Memecahkan saham supaya bilangan saham bertambah, tetapi nilai taranya kurang secara berkadar dengan bilangan saham. |
stock right | hak saham | Pentadbiran | Tiada | Hak yang memberikan pemegang saham kelebihan untuk penambahan belian saham berdasarkan bilangan saham yang dimiliki supaya peratus kepentingan tidak berubah. |