Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cabang ilmu mengenai masyarakat yg merangkum bidang ekonomi, politik, psikologi, antropologi, ekonomi dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sosial (kata nama)
Bersinonim dengan kemasyarakatan;
Kata Terbitan : bersosial,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
social sciencessains sosialSains PolitikTiadaTiada
social sciencessains kemasyarakatan/sains sosialSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
economicsekonomiEkonomiTiada1. Ilmu sains sosial yang mengkaji gelagat atau perlakuan manusia dalam memperuntukkan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad, yang bersaing antara satu sama lain. Mengikut P.A. Samuelson, ekonomi merupakan satu kajian tentang bagaimana individu atau masyarakat memilih, sama ada dengan menggunakan wang atau tidak, untuk menggunakan sumber produktif yang terhad, yang mungkin mempunyai alternatif penggunaan, untuk mengeluarkan pelbagai komoditi pada sepanjang masa, dan mengagihkan komoditi itu untuk penggunaan sekarang dan penggunaan masa depan (tabungan), kepada pelbagai manusia dan kumpulan dalam masyarakat. 2. Kegiatan manusia dalam pengeluaran, pengagihan, dan penggunaan barang atau perkhidmatan.
basic educationpendidikan asasPendidikanTiadaPendidikan yang menekankan kebolehan dalam bahasa, matematik, sains, sejarah dan sains sosial.
archaelogical testingujian arkeologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiUjian ini mendapatkan bukti kegunaan sesuatu data arkeologi dengan menggunakan pelbagai cara, iaitu analisis sains dan sains sosial. Ujian juga dilakukan secara eksperimen peniruan, selang budaya dan analisis makmal.
archaeologistahli arkeologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiIndividu yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan arkeologi. Untuk menjadi ahli arkeologi, seseorang itu perlu mendapatkan pendidikan formal dalam bidang arkeologi dan sains sosial. Ahli arkeologi juga bertugas sebagai kurator, ahli konservasi dan ahli pemuliharaan. Pengiktirafan seseorang ahli arkeologi berdasarkan kepakaran dan pengkhususan bidang seperti prasejarah, protosejarah dan sejarah.
prague schoolprague schoolKesusasteraanTiadaOrganisasi intelektual yang ditubuhkan pada tahun 1929 di Prague, Republik Czechoslovakia. Penubuhan organisasi ini bertujuan untuk membentuk paradigma baharu bagi membantu penyelidikan berkaitan subjek kemanusiaan dan sains sosial. Seterusnya, organisasi ini berkembang sebagai suatu gerakan yang penting dalam bidang kesusasteraan, linguistik, teater, folklor, dan estetika pada awal kurun ke-20. Prague School dipengaruhi pelbagai unsur daripada Formalisme Rusia dan idea linguistik Ferdinand de Saussaure. Idea beliau menjadi titik tolak pembentukan teori baharu pada tahun 1929 yang dinamakan strukturalisme. Tokoh yang terkenal dalam gerakan ini ialah Roman Jakobson, Boris Eikenbaum, Trubetskoy, Viktor Shlovsky dan Mukarovsky. Selepas perang Dunia Kedua, kebanyakan ahli Prague School berhijrah ke negara lain sambil meneruskan penyelidikannya. Penyelidikan dimulakan di Prague dengan nama organisasi baharu seperti Linguistic Circle of New York dan organisasi yang serupa di Rusia dan Perancis. Organisasi ini juga
Newly Industrialised Countries (NICS)Negara-Negara Industri BaruSains PolitikHubungan AntarabangsaIstilah ini mula digunakan oleh ahli sains sosial sejak tahun 1970-an apabila munculnya beberapa buah negara Dunia Ketiga yang dinamik, mengamalkan demokrasi, politik yang stabil, mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mempunyai keadaan sosial yang lebih baik berbanding negara Dunia Ketiga lain. Pertumbuhan pesat ekonomi negara ini adalah akibat daripada polisi pasaran bebas dan pertukaran ekonomi yang berasaskan pertanian kepada yang berasaskan industri, pelbagai produk dan perkhidmatan. Antara negara NIC ialah Malaysia, Singapura, Indonesia, Taiwan, Thailand, Korea Selatan, India, Argentina, Brazil, Turki dan Afrika Selatan. Sinonim NICS.
human computer interaction (HCI)interaksi manusia komputer (HCI)Teknologi MaklumatPerisianBidang yang mengkaji interaksi antara manusia dengan komputer. Bidang ini biasanya melibatkan pertindanan antara bidang seperti sains komputer, sains tingkah laku, reka bentuk dan beberapa bidang kajian lain. Interaksi antara pengguna dengan komputer berlaku dalam antara muka pengguna yang melibatkan kedua-dua perisian dan perkakasan. Memandangkan bidang ini melibatkan gabungan manusia dan mesin, maka pengetahuan yang baharu bagi menyokong kedua-dua aspek mesin dan manusia dapat dikembangkan. Dalam aspek mesin, teknik grafik komputer, sistem pengendali dan bahasa pengaturcaraan adalah relevan dalam perkembangan penyelidikan bidang ini. Dalam aspek manusia pula, teori komunikasi, grafik dan reka bentuk industri, linguistik, sains sosial, psikologi kognitif dan prestasi manusia mampu memantapkan bidang ini. HCI kadangkala dirujuk sebagai interaksi manusia mesin (MMI) atau interaksi komputer manusia (CHI).
patriarchypatriarkiKesusasteraanTiadaInstitusi sosial yang meletakkan lelaki sebagai pemegang kuasa dominan atau utama. Contoh kuasa boleh diperlihatkan melalui peranan utama yang dimainkan oleh lelaki dalam pentadbiran, institusi sosial, pemilikan, dan pewarisan harta. Patriarki dikaitkan dengan nilai seperti sikap persaingan dan bukan empati, intelek dan bukan intuisi. Nilai ini membawa kepada sikap materialistik dan keinginan untuk berkuasa dan menakluk. Walau bagaimanapun, konsep patriarki tidak membawa maksud monolitik kerana ciri-ciri patriarki turut bergantung pada konteks budaya yang khusus, menyebabkannya berbeza dari satu budaya kepada budaya yang lain. Contohnya, kritikan feminis dalam bidang sains sosial dan kesusasteraan berpusat kepada kritikan hegemoni patriarki. Para pengkritik feminis berpendapat bahawa patriarki dapat dilihat dari pelbagai aspek kehidupan. Contohnya, dalam sektor ekonomi, wanita dibayar upah yang lebih rendah berbanding lelaki walaupun menjalankan tugas yang sama. Dari segi budaya, contohnya dalam media massa,
123456

Kembali ke atas