throbbing pain | sakit berdenyut | Perubatan | Tiada | Sakit yang berdenyut seperti yang dialami apabila sakit gigi, sakit kepala atau sakit akibat inflamasi. |
aerodontalgia | aerodontalgia | Perubatan | Tiada | Sakit gigi akibat perubahan tekanan udara. |
odontalgia | odontalgia | Perubatan | Tiada | Sakit gigi. |
odontalgia | odontalgia | Perubatan | Tiada | Sakit gigi. |
Melaleuca leucadendron | gelam | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan beraroma jenis pokok dalam famili Myrtaceae yang dikenali juga sebagai pokok kayu putih. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di hutan paya dan persisiran pantai. Silaranya tirus berwarna putih kelabu dan kulit batangnya lekang seperti kepingan kertas. Daunnya tersusun berpilin, kecil berbentuk tombak dan berwarna hijau kelabu. Bunganya kecil, berwarna putih dan wangi. Tumbuhan ini menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai minyak kayu putih. Minyak ini boleh diminum untuk merangsang perpeluhan, meningkatkan degupan jantung, mengatasi kekejangan, merawat lelah, batuk, selesema, kecacingan, jangkitan pada sistem kencing, perut memulas, kolera, mententeramkan fikiran dan mengurangkan rasa sakit. Minyak kayu putih digunakan secara luaran untuk merawat pirai (gout), lenguh anggota, sakit sendi, luka, sakit kepala, sakit gigi, sakit telinga, gigitan serangga, penyakit kulit, kulit melecur, untuk mencuci luka dan menghalang jangkitan. Minyak ini juga digunakan sebagai pewangi dalam bahan pembersih, penyegar ud |
phosphine poisoning | keracunan fosfina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penyedutan fosfina (formula kimia, PH), iaitu gas tanpa warna dengan bau bawang putih. Tanda utama keracunan ialah demam kuning dan pengsan. Keracunan akut menyebabkan loya dan muntah, kelesuan, batuk, demam kuning, parestesia, ataksia, terketar-ketar, diplopia, tekanan darah jatuh, dispnea, edema pulmonari, pengsan, ritma jantung tak normal, konvulsi dan koma. Keracunan kronik menyebabkan sakit gigi sebagai gejala awal, diikuti bengkak rahang, dan kemudian nekrosis mandibel. Penemuan lain termasuk keadaan lemah, hilang berat badan, hilang selera makan, anemia, dan keretakan tulang secara spontan. Had pendedahan ialah 0.3 ppm. Penemuan patologi ialah hiperemia dan edema pulmonari dan nekrosis miokardia fokal. Dos maut ialah I mg/kg. |
Wedelia biflora | serunai laut | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan renek yang bercabang dalam famili Asteraceae. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan paya bakau, muara sungai dan kawasan berpasir tepi laut. Daunnya jenis ringkas berbentuk bujur telur dan tepinya bergerigi kecil. Bunganya kecil berwarna kuning, banyak dan tersusun padat pada jambak yang berbentuk tongkol. Bijinya mempunyai gabus, menyebabkannya boleh terapung di dalam air. Daun yang ditumbuk lumat dibuat pupuk untuk merawat kulit yang terkena selaran matahari, bisul, bengkak, luka, sakit gigi dan gusi, melawaskan kencing, penyakit kelamin dan sembelit serta digunakan sebagai herba untuk ibu selepas bersalin. |
Solanum ferox | terung bulu | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok renek dalam famili Solanaceae, dikenali juga sebagai terung asam. Tinggi pokok ini hanya mencapai 1 meter. Keseluruhan pokok berduri dan berbulu. Daunnya besar berbentuk bujur dan tepinya bercuping tiga segi. Warnanya hijau tetapi berbulu tebal dan berwarna kelabu. Permukaan bawah daun lebih pucat dan berduri di sepanjang urat daun. Bunganya putih pada jambak yang bertangkai pendek. Buahnya berwarna kuning, berbentuk bulat dan berbulu halus tetapi tebal. Biji digunakan untuk mengubati sakit gigi. Air rebusan akar dibuat mandian untuk mengubati demam dan dibuat campuran untuk mengubati luka dan gatal. Buahnya dibuat perasa asam dalam masakan. |
Kecubung | Datura metel | Pertanian | Tiada | Sejenis renek daripada famili Solanaceae. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat dan tepinya sinuat. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Bunganya berbentuk corong dan berwarna putih. Buah bentuk bulat berduri dan mengandungi banyak biji. Daunnya digunakan secara luaran untuk sengal-sengal tulang, sakit sendi, terseliuh dan sakit telinga. Daun dan bunganya dibuat pupuk bersama bawang merah (Allium cepa) dan halia (Zingiber officinale) untuk mengubati sengal tulang. Hirisan daun dihisap seperti rokok untuk mengubati lelah dan resdung. Daun yang dilayur ditampal pada bahagian bawah abdomen untuk melegakan sembelit. Buahnya sangat beracun serta mempunyai kesan narkotik dan anestetik (bius) yang boleh menyebabkan khayal dan menghilangkan rasa sakit gigi. |
Datura metel | kecubung | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok renek daripada famili Solanaceae. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat dan tepinya sinuat. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Bunganya berbentuk corong dan berwarna putih. Buahnya berbentuk bulat berduri dan mengandungi banyak biji. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat sengal tulang, sakit sendi, terseliuh dan sakit telinga. Daun dan bunganya dibuat pupuk bersama bawang merah (Allium cepa) dan halia (Zingiber officinale) untuk mengubati sengal tulang. Hirisan daun dihisap seperti rokok untuk mengubati lelah dan resdung. Daun yang dilayur ditampal pada bahagian bawah abdomen untuk melegakan sembelit. Buahnya sangat beracun serta mempunyai kesan narkotik dan anestetik yang boleh menyebabkan khayal, dan boleh menghilangkan sakit gigi. |