hepatalgia | hepatalgia | Perubatan | Tiada | Sakit pada hati. |
cadmium poisoning | keracunan kadmium | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada kadmium atau makanan yang disimpan dalam bekas kadmium, atau penyedutan wasap kadmium daripada pengimpalan, peleburan atau proses industri lain. Had pendedahan terhadap debu kadmium atau wasap kadmium oksida ialah 0.05 mg/m3. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, sakit kepala, sakit otot, peliuran, sakit abdomen, kejutan, kerosakan hati dan kegagalan ginjal. Penyedutan wasap kadmium pula mengakibatkan mulut terasa payau, sesak nafas, sakit dada, batuk berserta kahak berbuih atau berdarah, lemah dan sakit pada kaki. Keracunan kronik akibat penyedutan mengakibatkan hilang deria bau, batuk, dispnea, hilang berat badan, anemia, kerengsaan, dan gigi berkaral. Penemuan patologi dalam kes maut akibat pengingesan ialah inflamasi gastrousus yang teruk dan kerosakan hati serta buah pinggang. Penemuan patologi dalam kes keracunan akut akibat penyedutan pula ialah inflamasi epitelium pulmonari dan edema pulmonari. |
dyspepsia | dispepsia | Perubatan | Tiada | Keadaan yang berlaku akibat gangguan percernaan makanan sehingga menyebabkan sakit atau ketakselesaan sudu hati selepas makan. |
cinchophen poisoning | keracunan sinkofen | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan sinkofen, iaitu ubat yang terkenal pada masa lampau sebagai agen analgesik, antipiretik, dan urikosurik dalam rawatan gout, dan masih digunakan dalam perubatan paten, campuran proprietari, dan preskripsi. Dos maut akut ialah 5 g - 30 g, walaupun kematian akibat kerosakan hati boleh terjadi dengan dos berulang serendah 1 g sehari selama 1 - 2 minggu. Tanda utama keracunan ialah hiperpnea, asidosis, dan demam kuning. Keracunan akut menyebabkan kerengsaan gastrousus, sakit epigastrik, anoreksia, cirit-birit, muntah, hiperpnea, tinitus, hipertelmia, delirium, konvulsi, dan koma. Keracunan kronik menyebabkan demam kuning, anoreksia, sakit abdomen, dan pembesaran hati yang menyakitkan. Dalam masa 1 - 4 minggu, saiz hati mengurang, asites abdomen terbentuk, dan pesakit mungkin mati semasa koma disebabkan kerosakan hati. Penemuan patologi ialah atrofi akut kuning hati dan degenerasi lemak dalam buah pinggang dan jantung. |
cancer pain management | pengurusan nyeri kanser | Perubatan | Tiada | Pengurusan pesakit yang mengalami nyeri akibat kanser seperti kanser payudara, hati dan tulang. Pengamal perubatan akan memberikan ubat penahan sakit sama ada secara oral, suntikan intramuskular, suntikan intravena, infusi atau melakukan sekatan saraf pusat dan periferi berserta pemberian psikoterapi untuk mengurangkan nyeri tersebut. |
sodium morrhuate | natrium moruat | Kimia | Forensik | Garam natrium bagi asid lemak minyak hati ikan kod. Serbuk granul kuning pucat, larut dalam air dan etanol. Ubat kardiovaskular, antivarikos, agen sklerosis dan fibrosis. Penyuntikan ubat ini boleh menyebabkan sakit pada tempat penyuntikan, tindak balas pemekaan, penyelumuran, embolisme pulmonari, dan paraplegia. Dos terapeutik ialah 0.5 mL - 5 mL dalam larutan 5%. Dos intravena bagi sklerosis ialah 1 mL. |
phenacetin | fenasetin | Kimia | Forensik | Formula kimia, C10H13NO2; nama dagang, Gripponyl. Hablur atau serbuk putih, takat lebur 134�C - 135�C. Ubat yang diberikan untuk melegakan sakit dan mengurangkan demam. Ubat ini boleh menyebabkan tindak balas alergi. Kegunaan berulang hendaklah dielakkan dalam kes penyakit anemia, jantung, paru-paru, hati atau buah pinggang. Kesan sampingan termasuk penyakit hati, demam atau ruam kulit. Ubat ini telah digantikan dengan asetaminofen. Dos terapeutik ialah 5 �g/mL - 10 �g/mL Dos toksik ialah 50 �g/mL. Sinonim asetofenetidin. |
carbon tetrachloride poisoning | keracunan karbon tetraklorida | Kimia | Forensik | Keracunan disebabkan pengingesan cecair atau penyedutan wasap karbon tetraklorida (formula kimia, CCI4), iaitu cecair jernih yang digunakan sebagai pelarut dalam cecair pencuci kering. Karbon tetraklorida sangat beracun kepada buah pinggang dan hati, dan boleh menyebabkan kerosakan yang kekal. Dos maut bagi orang dewasa secara pengingesan atau penyedutan ialah 3 mL � 5 mL. Had pendedahan ialah 5 ppm. Gejala keracunan termasuk sakit kepala, loya, depresi, sakit abdomen dan konvulsi. |
aminopyrine poisoning | keracunan aminopirina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan atau pemasukan melalui rektum aminopirina. Tanda utama keracunan ialah gangguan mental dan leukopenia. Keracunan akut menyebabkan pening, gangguan mental, sianosis, loya dan muntah, sakit epigastrik, tinitus, kesukaran mendengar, dan koma berserta kekejangan dan nadi lemah. Keracunan kronik mengakibatkan agranulositosis. Gejalanya ialah demam, sakit tekak, ulser pada membran mukus dan tersangat lesu. Penemuan patologi dalam kes maut akibat keracunan akut termasuk kemerosotan buah pinggang, hati dan otak. Lihat juga aminopirina. |
antipyrine poisoning | keracunan antipirina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penggunaan antipirina (nama dagang, Phenazone; formula kimia, C11H12N2O), iaitu ubat yang digunakan sebagai analgesik dan antipiretik untuk merawat penyakit reumatik dan sakit lain. Dos oral ialah 0.3 g, manakala dos parah akut ialah 5 g - 30 g, tetapi kematian akibat keracunan akut jarang berlaku. Tanda utama keracunan ialah gangguan mental dan leukopenia. Keracunan akut akibat pengingesan atau pemasukan rektal menyebabkan pening, gangguan mental, sianosis, loya dan muntah, sakit epigastrik, koma dan konvulsi dengan nadi perlahan, tinitus dan kesukaran pendengaran. Keracunan kronik mungkin menyebabkan dermatitis eksfoliatif. Penemuan patologi akibat keracunan akut termasuk kemerosotan buah pinggang, hati, dan otak. Darah mungkin berwarna coklat disebabkan pembentukan methemoglobin. |