Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sakit pd kepala (menyebabkan kepala berasa pening); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pening kepala; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berasa pening kepala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Puisi
 

Ketok-ketok harimau garang,
     Keling pandai cakap Jawa;
Harimau batuk buaya mengerang,
     Kucing di rumah sakit kepala.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
postdural puncture headachesakit kepala pascatusukan duraPerubatanTiadaKomplikasi anestesia spina dan epidura akibat kebocoran cecair serebrospina yang bercirikan sakit kepala di bahagian frontal dan oksipital, tinitus dan diplopia.
denguedenggiPerubatanTiadaPenyakit yang disebabkan jangkitan virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Ciri denggi ialah deman, sakit kepala, sakit sendi dan ruam.
Jarish-Herxheimer reactiontindak balas Jarish-HerxheimerPerubatanTiadaTindak balas yang berlaku pada pesakit sifilis sekunder selepas beberapa jam dos pertama Penicillin diberikan. Antara ciri tindak balas ini ialah demam, sakit kepala, sakit otot, ruam dan takikardia yang berlaku selama 24 hingga 48 jam. Ia dipercayai disebabkan oleh pembebasan antigen spirokit yang banyak selepas bakteria tersebut mati. Gejala ini dapat dilegakan dengan rawatan yang menggunakan Aspirin.
headachesakit kepalaPerubatanTiadaTiada
premenstrual syndrome (PMS)sindrom pramenstruasi (PMS)Makanan dan PemakananPemakananKeadaan yang dikaitkan dengan pelbagai jenis simptom yang dialami oleh sesetengah wanita sebelum kedatangan haid. Contoh sindrom pramenstruasi ialah perubahan emosi, perubahan selera makan, sakit kepala, sakit sendi dan lesu.
migrainemigrainPerubatanTiadaSakit kepala yang berulang-ulang serta berdenyut, diikuti dengan rasa loya, muntah-muntah, sembelit, cirit-birit dan fotofobia.
denguedenggiPerubatanTiadaPenyakit demam yang dicirikan dengan gejala seperti sakit kepala, mata, otot dan sendi serta tekak, yang kadangkala diiringi dengan letusan kulit. Penyakit ini tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes.
Chinese restaurant syndromesindrom restoran CinaMakanan dan PemakananMakananSimptom sakit kepala, pening, berpeluh dan muka kemerah-merahan yang dialami oleh individu rentan yang mengambil monosodium glutamat atau bahan seumpamanya dalam jumlah yang banyak. Sindrom ini dikaitkan dengan pengambilan makanan cina.
naphthalene poisoningkeracunan naftalenaKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyedutan naftalena (formula kimia, C10H8) , iaitu bahan yang terdapat dalam ubat gegat, dan merupakan bahan kimia paling berbahaya bagi kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah. Gejala keracunan termasuk loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, spasma otot, dan konvulsi. Tanda utama keracunan ialah hemolisis, demam kuning, dan konvulsi. Keracunan akut menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, oliguria, hematuria, anemia, demam kuning dan disuria, diikuti dengan oliguria atau anuria. Dalam keracunan lebih serius, konvulsi dan koma mungkin berlaku. Keracunan kronik akibat pengingesan menunjukkan gejala yang sama dengan keracunan akut. Kesan setempat akibat kegunaan naftalena berterusan mungkin menyebabkan dermatitis yang dicirikan dengan kulit menjadi gatal, kemerahan, bersisik, berair, dan berkuping. Jika terkena mata, bahan ini menyebabkan kerengsaan dan kecederaan komea. Penemuan makmal menunjukkan bilangan sel darah merah ialah 20% - 40% dari normal. Bilangan sel darah put
chickenpoxcengkering/cacar airPerubatanTiadaPenyakit mudah berjangkit dengan gejala seperti sakit kepala, demam dan meracau, diikuti dengan bintik-bintik yang tumbuh serentak, dicirikan oleh makula, vesikel, popula dan berkerak.
12345678910...

Kembali ke atas