misunderstanding | salah faham | Pendidikan | Tiada | Tiada |
misunderstanding | salah faham | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
gratia payment | bayaran ex gratia | insurans | Tiada | Bayaran oleh insurer kepada insured apabila tidak terdapat liabiliti di bawah kontrak. Dalam beberapa hal insurer berpendapat bahawa terdapat kesilapan atau salah faham dan ia mungkin membayar tuntutan walaupun tidak boleh dipertanggungjawabkan. |
ex gratia payment | bayaran ex gratia | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bayaran oleh insurer kepada insured apabila tidak terdapat liabiliti di bawah kontrak. Dalam beberapa hal insurer berpendapat bahawa terdapat kesilapan atau salah faham dan ia mungkin membayar tuntutan walaupun tidak boleh dipertanggungjawabkan. |
aide memoire | aide memoire | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Catatan yang dibuat berhubung dengan perbincangan yang telah diadakan antara pihak tertentu. Catatan ini biasanya diserahkan kepada pihak lawan dengan tujuan mengelakkan salah faham mengenai isu yang dibincangkan. Catatan ini tidak mempunyai kuasa yang boleh mengikat mana-mana pihak dalam sesuatu persetujuan melainkan kedua-dua pihak bersetuju berbuat demikian. |
public relations audit | audit perhubungan awam | Komunikasi | Tiada | Penyelidikan dalam perhubungan awam yang menggunakan kaedah tinjauan pendapat bagi mengkaji amalan perhubungan awam sesebuah organisasi. Matlamat penyelidikan ini ialah untuk menentukan sejauh mana sesebuah organisasi itu difahami oleh khalayak, mengesan salah faham khalayak dan menentukan khalayak organisasi. |
contract analysis | analisis kontrak | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pengujian terhadap bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba yang dilaksanakan berdasarkan perjanjian yang sah mengikut undang-undang antara pemberi kontrak dengan penerima kontrak. Ujian yang dilakukan perlu diperincikan dengan betul, dipersetujui dan dikawal untuk mengelakkan salah faham yang boleh menyebabkan kualiti ujian tidak memuaskan. Penerima kontrak harus menyatakan dengan jelas tentang pegawai yang diberi kuasa dan bertanggungjawab melaksanakan ujian tersebut. |
networking | rangkaian | Komunikasi | Korporat | Jaringan perhubungan berstruktur antara individu dengan individu, individu dengan organisasi, organisasi dengan organisasi, organisasi dengan negara, dan antara negara dengan negara. Hubungan yang terjalin adalah berasaskan kepentingan serta matlamat yang sama. Dalam perhubungan awam, salam satu fungsi utama rangkaian adalah mewujudkan, menyuburkan, dan mengekalkan rangkaian bagi mengelakkan sebarang salah faham yang boleh menjejaskan kepentingan pihak yang terlibat. Pihak yang bertanggungjawab dalam mewujudkan dan mengekalkan jaringan ini ialah pengamal perhubungan awam itu sendiri. Keberkesanan jaringan pengamal perhubungan awam banyak bergantung pada kewibawaan, kemampuan, tempoh penglibatan, jenis, dan skop aktiviti perhubungan awam tersebut. Sinonim jaringan. |
complication | ruwetan | Kesusasteraan | Tiada | Halangan yang wujud dalam naratif atau drama yang menyebabkan jalan cerita berubah atau menyimpang daripada plot yang sedang dikembangkan. Halangan ini biasanya muncul secara mendadak atau tiba-tiba dalam bentuk konflik atau kerumitan. Contohnya, apabila kuasa yang bertentangan bertembung atau munculnya maklumat baharu tentang watak atau situasi yang menambahkan masalah, atau timbulnya salah faham. Kerumitan ini diselesaikan dalam bahagian peleraian cerita. Dalam tragedi lima babak, babak kedua sering dikenali sebagai �babak keruwetan�. Lihat juga aksi, aksi menaik, peleraian. |
shadow cabinet | kabinet bayangan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kabinet yang dibentuk oleh sekelompok pemimpin parti pembangkang yang bertanding dalam pilihan raya bagi menggantikan kabinet sebenar kerajaan apabila mereka menang dalam pilihan raya yang menjelang. Kabinet bayangan merupakan satu usaha persediaan awal yang menjadi harapan kepada parti pembangkang untuk menangani keadaan sekiranya mereka menang dalam pilihan raya tersebut. Kabinet ini sedia membahagikan portfolio atau tugas masing-masing supaya tidak berlaku salah faham atau perebutan sekiranya mereka berjaya dalam pilihan raya itu. Kabinet ini biasanya dipimpin oleh ketua parti pembangkang. Contohnya, ketua parti pembangkang Great Britain sudah bersedia dengan senarai kabinet bayangan bagi menghadapi pilihan raya umum negara tersebut. |