carbon copy | salinan karbon; salinan kepada | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Salinan karbon: Salinan yang didapati daripada kertas karbon. 2. Salinan kepada: Salinan surat asal. |
blind carbon copy | salinan karbon terlindung/salinan karbon tertutup | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Salinan karbon yang dihantar tanpa pengetahuan penerima surat asal. |
workprint | tera kerja | Komunikasi | Tiada | Salinan filem yang digunakan oleh penyunting daripada bahan asal dan akan disunting untuk mendapatkan salinan yang lebih terperinci. Salinan ini dikenali juga sebagai salinan suntingan. |
checking copy | salinan bukti | Komunikasi | Korporat | Salinan iklan yang telah tersiar atau diterbitkan sebagai bukti pengesahan pelaksanaan akaun. Salinan ini diserahkan oleh pihak penerbitan majalah, akhbar dan sebagainya kepada agensi pengiklanan untuk mendapat perakuan dan pengesahan daripada pihak agensi pengiklanan, bahawa tanggungjawab penerbitan seperti yang diarahkan telah pun dilaksanakan. Selain salinan tersebut, disertakan juga maklumat mengenai nama, tarikh, masa, dan halaman atau kedudukan ruang dalam siaran atau penerbitan. Sesetengah agensi atau syarikat hanya membuat pembayaran iklan setelah salinan bukti siaran dan penerbitan diserahkan oleh pengiklan. Selain itu, salinan bukti juga disimpan sebagai dokumen rujukan untuk keperluan perancangan strategik pemasaran pada masa akan datang. Bukti ini perlu bagi memastikan proses pembayaran upah dapat dilakukan. |
trisomy | trisomi | Sains Forensik | Tiada | Ketaknormalan genetik pada individu yang mempunyai tiga salinan kromosom berbanding dua salinan yang lazim pada suatu kromosom. Contohnya, individu XXY. Dalam elektroferogram, puncak bagi Y akan menjadi lebih besar berbanding puncak X dalam nisbah 2:1 dan keadaan ini boleh mengelirukan penaksiran data DNA forensik yang menyangka bahawa sumber DNA ini adalah satu campuran daripada individu yang berbeza. Semakan terhadap lokus heterogizot lain yang menunjukkan puncak dengan nisbah 1:1 adalah pengesahan bahawa profil ini tidak bercampur dengan DNA lain. |
user documentation | dokumentasi pengguna | Teknologi Maklumat | Tiada | Panduan dalam bentuk bertulis atau visual yang lain mengenai sistem aplikasi seperti cara menggunakan, cara memasang, keperluan sistem komputer dan perisian. Lazimnya dokumentasi pengguna disediakan dalam bentuk bercetak (salinan keras), salinan lembut (dalam CD-ROM) dan/atau boleh dicapai menerusi Internet. Salinan lembut pula mungkin dalam bentuk dokumen HTML, PDF, Microsoft Word atau fail teks sahaja. |
master recording | rakaman induk | Komunikasi | Tiada | Rakaman asal sesuatu rancangan radio atau televisyen. Rakaman ini akan dibuat beberapa salinan lain sebagai bahan salinan. Lihat juga: naskhah induk. |
output | output | Teknologi Maklumat | Tiada | Hasil pemprosesan komputer yang dikeluarkan dari unit sistem. Output dikeluarkan dalam bentuk salinan lembut atau keras. Output salinan lembut seperti fail digital, isyarat analog/digital atau divisualkan pada peranti paparan. Output salinan keras adalah seperti cetakan kertas, plastik atau dinding. Banding input. |
copy film | salinan filem | Komunikasi | Tiada | Salinan yang dibuat daripada filem asal yang berbentuk positif. |
backup copy | salinan bantu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Salinan fail daripada fail asal. |