weak interaction | saling tindakan lemah | Fizik | Atom dan Nuklear | Satu daripada saling tindakan asas antara zarah keunsuran yang magnitudnya lebih lemah daripada saling tindakan kuat dan saling tindakan elektromagnet. Saling tindakan tersebut tidak mengabadikan keganjilan atau pariti. Kesannya menyebabkan reputan beta dalam nukleus, dan reputan zarah keunsuran yang mempunyai masa hayat melebihi 10-10 saat seperti muon, meson K dan hiperon lambda. |
interdependent | saling bersandaran; saling bergantung | Matematik | Tiada | Tiada |
interdependence | saling bergantungan; saling bersandaran | Matematik | Tiada | Tiada |
interdependence | saling bergantungan; saling bersandaran | Sains Politik | Tiada | Tiada |
interdependence | saling bergantungan; saling bersandaran | Sejarah | Tiada | Tiada |
weak coupling | gandingan lemah | Fizik | Atom dan Nuklear | Gandingan empat medan fermion dalam saling tindakan lemah yang kekuatannya lebih lemah beberapa tertib magnitud daripada saling tindakan kuat atau saling tindakan elektromagnet. |
aspect-oriented software development | pembangunan perisian berorientasikan aspek | Teknologi Maklumat | Perisian | Pendekatan pembangunan perisian yang menggabungkan pembangunan berasaskan komponen dan pembangunan umum yang melibatkan saling pemangkasan. Saling pemangkasan yang dikenal pasti dalam pembangunan perisian ini dikenali sebagai aspek. Satu atur cara yang khusus akan meneliti aspek ini dan meletakkannya pada lokasi yang bersesuaian dalam atur cara tersebut. |
pathosystem | patosistem | Biologi | Patologi | Sistem patologi yang terdiri daripada perumah dan patogen yang saling berkaitan dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. |
coupling constant | pemalar gandingan | Fizik | Moden | 1 Ukuran kekuatan saling tindakan antara zarah, seperti saling tindakan yang kuat antara meson dengan nukleon, dan saling tindakan yang lemah antara empat fermion. 2 Ukuran kekuatan gandingan antara dua sistem, terutamanya litar elektrik. 3 Ukuran kebersandaran satu kuantiti fizik terhadap satu kuantiti fizik lain. |
consolute temperature | suhu saling larut | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Suhu yang menandakan sifat kestabilan sesuatu fasa campuran cecair. Suhu yang lebih tinggi daripada suhu saling larut menandakan campuran tersebut bercampur sepenuhnya dan suhu yang kurang daripada suhu saling larut menandakan campuran tersebut akan berpisah untuk membuka fasa yang berasingan. |