Chargaff�s rule | peraturan Chargaff | Biologi | Genetik | Peraturan yang mengatakan bahawa dalam DNA sesuatu spesies, bes adenina mesti sama banyak dengan bes timina dan bes guanina mesti sama banyak dengan bes sitosina. Pada masa yang sama, jumlah (A + G) mesti sama banyak dengan jumlah (T + C). |
trisulphapyrimidine | trisulfapirimidina | Farmasi | Tiada | Gabungan sama banyak sulfadiazina, sulfamerazina, dan sulfametazina dalam bentuk dos bertujuan untuk mengurangkan kecenderungan kristaluria dan hematuria. Keterlarutan akues setiap satu tidak bergantung antara satu dengan yang lain, walaupun kesan antibakteria bentuk gabungannya bertambah. |
karyokinesis | kariokinesis | Biologi | Fisiologi | Pembahagian bahan nuklear yang sama banyak ketika pembahagian sel (mitosis). |
annuity | anuiti | Pentadbiran | Tiada | Siri pembayaran atau penerimaan sejumlah wang yang sama banyak dalam sesuatu tempoh tertentu. |
blue water gas | gas air biru | Kimia | Tiada | Campuran dengan kadar yang sama banyak antara karbon monoksida dan hidrogen dengan melalukan stim ke atas arang batu pijar di dalam penjana khas. |
decile | desil | Matematik | Tiada | Satu daripada 10 bahagian bagi satu set yang telah dibahagi sama banyak. |
anyam bucu | anyam bucu | Kesenian | Tiada | Teknik mencantumkan dua bahagian helai bujur yang dibahagikan sama banyak untuk membentuk bucu. |
isoneph | isonef | Sains | Hidrometeorologi | Garis yang dilukis melalui semua titik pada peta yang keberawanannya sama banyak. |
non-overlapping code | kod tak bertindan | Biologi | Genetik | Kod yang mempunyai bilangan asid amino yang sama banyak dengan bilangan kodon dalam satu jujukan nukleotida yang bersambung, misalnya kod AACCGG mengekod asn (asparagina) dan arg (arginina) sahaja. bd. kod bertindan. |
full pastry | pastri penuh | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pastri yang mengandungi sukatan tepung dan marjerin pastri yang sama banyak, contohnya 1kg tepung dan 1kg marjerin pastri. |