black limbo | hitam pekat | Komunikasi | Tiada | Latar belakang penggambaran yang sama sekali berwarna hitam khususnya bagi penggambaran yang dibuat di dalam studio. |
lost river | sungai lenyap | Hidrogeologi | Tiada | Sungai permukaan yang menghilang sama sekali ke bawah tanah, seperti melalui ponor (atau lubang langgah), dan memasuki aliran bawah tanah. Sungai seperti ini didapati, terutamanya, di kawasan kars, (USGS, Glossary of karst terminology). Ruj.: USGS, Monroe 1970 Sin.: sungai tenggelam, sungai menghilang |
miogeosyncline | miogeosinklin | Geografi | Tiada | Geosinklin di mana kesan gunung berapi telah lenyap sama sekali daripada jujukan enapannya. |
free | bebas | Biologi | Mikologi | Merujuk kepada insang atau tiub cendawan yang tidak melekat sama sekali pada stipnya. |
loss and damage | kerugian dan kerosakan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Dalam insurans kebakaran kerugian ditakrifkan bahagian harta yang musnah sama sekali sementara kerosakan bermaksud bahagian harta yang tidak mengalami kemusnahan menyeluruh. |
process change | tukar proses | Kejuruteraan | Tiada | Pertukaran prosedur operasi sesuatu proses yang sedia ada atau digantikan dengan proses yang lain sama sekali untuk mengawal pencemaran. |
sensory adaptation | adaptasi deria | Psikologi | Psikologi Umum | Pengurangan atau kegagalan individu untuk menderia kerana magnitud rangsangan yang menurun dengan banyak atau tidak berubah sama sekali dalam suatu tempoh tertentu. Sistem penderiaan itu dikatakan telah �letih� dan menyebabkannya kurang terangsang. Fenomena ini mempunyai kebaikan kerana boleh mengurangkan tumpuan individu kepada perkara-perkara yang kurang penting seperti rasa cincin di jari atau baju di badan. Walau bagaimanapun, adaptasi ini boleh juga menyebabkan keburukan, misalnya sekiranya berlaku kebocoran gas ketika individu berada di dapur. |
cultural shock | kejutan budaya | Sosiologi | Tiada | Keadaan tersentak, tergamam atau tidak berketentuan akibat perubahan sesuatu budaya yang dialami oleh seseorang, terutama apabila budaya tersebut berbeza sama sekali dengan budayanya. |
directional coupler | pengganding berarah | Kimia | Tiada | Peranti yang menggandingkan sistem sekunder sahaja kepada gelombang yang menjalar pada arah tertentu dalam sistem penghantaran primer dengan mengabaikan sama sekali gelombang yang menjalar pada arah yang berlawanan. |
industrial momentum | momentum perindustrian | Geografi | Tiada | tetapi juga menambahkan kepentingannya setelah keadaan asal yang mempengaruhi pertumbuhannya di kawasan tersebut telah berubah, tidak lagi penting atau pun hilang sama sekali. |