Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.bu.ngan] | سامبوڠن

Definisi : 1. tambahan (utk memanjang-kan sesuatu), lanjutan (perbualan, cerita, dll): ada ~nya lagi; 2. sesuatu yg telah disambung; ~ tangan penolong, pembantu; 3. talian telefon drpd telefon utama, yg disambungkan ke beberapa bahagian lain dlm sesebuah bangunan: ~ telefonnya di pejabat ialah 2751; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.bu.ngan] | سامبوڠن

Definisi : apa-apa yg ditambahkan pd sesuatu supaya menjadi lebih pan­jang dll; tambahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
star-delta connectionsambungan delta-bintangTeknikElektrikSambungan litar peranti yang mempunyai dua bahagian sambungan, iaitu sambungan delta pada bahagian masukan dan sambungan bintang pada bahagian keluaran. Contoh bagi sambungan ini boleh ditemui pada pengubah, penjana, dan motor tiga fasa. Sinonim sambungan delta-Y.
programmable logic arraytatasusunan logik boleh atur caraKejuruteraanTiadaTatasusunan logik teratur cara yang sambungan-sambungan dalam get-get logik boleh diatur cara dalam medan. Sinonim: tatasusunan logik atur cara medan.
road panelpanel jalanKejuruteraanTiadaKawasan konkrit yang dibentangkan dalam satu operasi dan dibatasi sambungan-sambungan atau pinggir-pinggir bebas di semua sisi.
thermocoupletermogandinganKimiaTiadaAlat untuk menyukat suhu. Alat ini terdiri daripada dua dawai logam yang berlainan jenis yang disambungkan pada setiap hujung. Voltan yang terjana antara dua sambungan ini berkadaran dengan perbezaan suhu di antara sambungan-sambungan tersebut. Jika satu sambungan berada pada suhu yang diketahui nilainya, maka suhu pada sambungan yang satu lagi dapat ditentukan.
rigid pavementturapan tegarKejuruteraanTiadaTurapan simen portland yang tebal pada dasar kerikil dengan tetulang keluli dan biasanya dengan sambungan-sambungan melintang.
reinforced brickworkbinaan bata bertetulangKejuruteraanTiadaKerja bata yang diperkukuh oleh logam terkembang, jejaring dawai keluli, besi gegelang, atau rod yang dibenamkan pada sambungan-sambungan lapisan.
star-delta starterpemula delta-bintangTeknikElektrikPemula bagi motor tiga fasa yang akan menukarkan sambungan motor itu daripada sambungan bintang kepada sambungan delta setelah motor itu dihidupkan kira-kira 75% kelajuan penuh motor tersebut. Pertukaran sambungan motor daripada bintang kepada delta boleh dilakukan oleh sentuhan-sentuhan magnet atau suis khas. Sambungan bintang bertujuan menaikkan nilai galangan motor aruhan itu dan mengurangkan voltan yang diterima pada setiap fasa, iaitu 1/3 daripada voltan talian. Pemula ini sesuai untuk motor berukuran sederhana.
recording trunkpokok rakamanKejuruteraanTiadaSesalur yang memanjang dari pejabat pusat tempatan atau ibu sawat cawangan swasta ke pejabat tol, yang digunakan hanya untuk perhubungan dengan pengendali-pengendali tol dan bukan untuk melengkapkan sambungan-sambungan tol.
universal jointsambungan universal/sambungan semestaKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat penyambung yang menyambungkan hujung dengan hujung dua batang aci supaya satu bahagian dapat memutar aci yang satu lagi sama ada paksi kedua-dua aci tersebut segaris atau bersudut. Alat ini digunakan untuk membolehkan kuasa dihantar dari enjin ke gandar walaupun kedudukan kedua-duanya tidak sejajar.
star-star connectionsambungan bintang-bintangTeknikElektrikSambungan litar peranti yang mempunyai dua bahagian, iaitu sambungan bintang pada bahagian masuk dan sambungan bintang juga pada bahagian keluar. Sambungan ini amat berguna pada pengubah kecil voltan tinggi.
12345678910...

Kembali ke atas