hot site | tapak panas | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Tapak sandaran yang dilengkapi kelengkapan komputer yang sama dengan sistem komputer yang sedia ada di organisasi anda. Banding: cold site. 2. Dalam WWW, rujukan kepada tapak web yang amat popular. |
backup plan | pelan sandaran | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Tatacara bagi mengekal dan menyediakan sandaran bagi suatu sistem dan data pengguna. 2. Rancangan pemulihan yang dirangka untuk menangani masalah pada sistem komputer apabila keadaan yang tidak dijangka mengganggu rancangan asal atau pengendalian biasa. |
basic | asas; dasar; bes | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Asas: Sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain.,Dasar: Bahagian yang di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas.,2. Bes: Bahan kimia yang menghasilkan garam dan air apabila dicampur dengan asid. |
Boolean algebra | algebra Boolean | Teknologi Maklumat | Perisian | Algebra yang dicipta oleh George Boole pada tahun 1854. Algebra ini berbeza daripada algebra biasa. Algebra ini menerangkan peraturan yang membolehkan pemalar dan pemboleh ubah menerima dua nilai, sama ada benar atau palsu dan juga 1 atau 0 bagi menggambarkan beberapa perwakilan. Algebra menjadi sandaran kepada komputer digital beroperasi. Peraturan yang membolehkan pemalar dan pemboleh ubah ini digabungkan dikenali sebagai logik Boolean. Lihat juga logik Boolean. |