chlorine | klorin | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan VIIA (atau 17) jadual berkala, iaitu ahli kumpulan halogen, simbol CI, nombor atom 17, berat atom 35.435, nombor pengoksidaan –1, +1, +3, +4, +5 dan +7, takat beku –101.6oC, takat didih –34.6oC, wujud sebagai gas dwiatom yang berwarna hijau kekuningan, berbau sengit, tidak terbakar tetapi membantu pembakaran, beracun dan merupakan unsur yang sangat elektronegatif serta agen pengoksidaan yang sangat kuat. Unsur ini terdapat dalam dua bentuk isotop yang stabil, iaitu CI-35 dan CI_37. Klorin disediakan secara elektrolisis larutan natrium klorida dengan menggunakan elektrod karbon, atau secara elektrolisis asid hidroklorik. Unsur ini digunakan sebagai agen pengklorinan dan untuk membuat racun perosak, plastik, bahan penyejuk, propelan, bahan peluntur dan sebatian lain seperti karbon tetraklorida. |
bromine | bromin | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan halogen, iaitu kumpulan VIIA (atau 17) jadual berkala, simbol Br, nombor atom 35, berat atom 79.904, nombor pengoksidaan +1, -1, +5, -5 dan +6, takat beku –7.3oC, takat didih 58.8oC, berbentuk cecair merah gelap, baunya merengsakan, mudah terbakar, kaustik, sangat beracun dan larut di dalam pelarut organik. bromin terdapat semula jadi di dalam air laut, dan diekstrak secara pengoksidaan garam bromin dengan menggunakan klorin. Sebatian ini digunakan dalam pembuatan etilena dibromida dan sebagai agen peluntur, pelarut, bahan uji dan ubat-ubatan. |
activation analysis | analisis penggiatan | Kimia | Tiada | 1. Teknik yang sangat peka yang digunakan untuk mengecam dan mengukur pelbagai unsur yang terdapat dalam amaun yang sangat kecil. |
monochromatic | monokromatik; monokromat; monokrom | Geologi | Tiada | 1. Berhubung dengan warna suatu permukaan yang memancarkan cahaya berjulat panjang gelombang yang sangat kecil.,2. Terdiri daripada sinaran elektromagnet berjulat panjang gelombang yang sangat kecil, atau zarah berjulat tenaga yang sangat kecil. |
hekistotherm | hekistoterma | Geografi | Tiada | 1. Tumbuhan yang boleh hidup di kawasan yang suhunya sangat rendah.,2. Iklim yang mempunyai suhu yang sangat rendah. |
very fine sand | pasir sangat halus | Pertanian | Tiada | 1. Puing tanah yang bersaiz antara 0.00 hingga 0.05 mm.,2. Tekstur tanah yang mengandungi 50% atau lebih pasir sangat halus. |
dust | debu | Geografi | Tiada | 1. Zarah-zarah yang sangat halus, bak serbuk. |
fine sand | pasir halus | Geologi | Tiada | 1. Puing tanah yang bersaiz 0.1 - 0.25mm. 2. Tekstur tanah yang mengandungi 50% atau lebih pasir halus atau kurang dari 25% sederhana, kasar dan sangat kasar dan kurang dari 50% pasir sangat halus. |
colocynth poisoning | keracunan kolosin | Kimia | Forensik | Keracunan disebabkan pendedahan kepada kolosin, iaitu perengsa dan katartik yang sangat berbahaya yang terdapat pada tumbuhan Cilrullus colocynthis. Dos parah mungkin serendah 1 mL atau 1 g. Tanda utama keracunan akut akibat pengingesan atau penggunaan pada kulit ialah muntah, cirit-birit dan pengsan. Gejala keracunan termasuk pedih dalam mulut dan perut, tenesmus, muntah, cirit berair atau berdarah, pucat, pengsan, tekanan darah jatuh, takikardia, koma dan mati. Penemuan makmal menunjukkan darah kasar atau okulta dalam tinja, proteinuria dan hematuria kasar atau mikroskopik. Penemuan patologi pula ialah kesesakan dan perubahan kemerosotan saluran gastrousus, hati, buah pinggang dan otak. |
sea disturbance | gangguan laut | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Keadaan laut bergelombang yang dilaporkan mengikut skala ketinggian gelombangnya dari 0 hingga 9. Setiap nombor memberikan erti dan ketinggi gelombang seperti yang berikut: 0 = bak kaca (0m) 1 = riak (0 - 0.1m) 2 = tenang (0.1 - 0.5m) 3 = kecil (0.5 - 1.25m) 4 = sederhana (1.25 - 2.5m) 5 = bergelora (2.5 - 4m) 6 = sangat bergelora (4 - 6m) 7 = tinggi (6 - 9m) 8 = sangat tinggi (9 - 14m) 9 = luar biasa tinggi (lebih daripada 14m) |