Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pendapat yg hanya diagak-agak sahaja, dugaan, kira: pd ~nya tuan hamba berani; mak cik ~ saya yg mencuri getah mak cik?; tiada ~ sl tiada terkira (terperi, terkhabar, dll); 2. keraguan, kekhuatiran, syak, waham: timbul syak dan ~ dlm hatinya; bersangka 1. mengira, menaksir, menduga, mengagak: janganlah sekali-kali tuan-tuan yg membaca surat ~ bahawa aku memuji diriku; 2. menaruh syak, berasa sangsi, ragu-ragu, waswas: jangan kita mudah ~ buruk terhadap orang lain; menyangka 1. menduga, mengira: ada orang ~ bahawa kanak-kanak lebih senang meng-ingat sesuatu drpd orang dewasa; 2. menaruh syak, mencurigai: biarlah orang lain ~ jahat akan ibu; 3. menganggap spt, mengira sbg; yg disangka tidak menjadi, yg diam boleh ke dia prb orang lain yg berikhtiar, orang lain pula yg memungut hasilnya; tersangka 1. diduga, dikira; 2. disyaki, dicurigai; sangkaan, persangka, persangkaan apa yg disangka, dugaan, kira-kiraan, curiga, syak: janganlah kamu menaruh ~ yg buruk-buruk; apa dipedulikan pd persangkaan orang terhadap kita; penyangka orang yg menyangka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj lokan yg besar (utk dibuat serunai atau tetuang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 pendapat yg hanya diagak-agak saja; pendapat yg tidak muktamad: Pd ~nya, dialah yg pandai sekali. 2 rasa kurang percaya akan sesuatu; rasa ragu-ragu: Timbul syak dan ~ dlm hatinya. menyangka 1 membuat sesuatu ke­­putusan dgn mengagak-agak saja; menduga: Orang ~ dialah yg menembak harimau itu. 2 menaruh syak atau ragu-ragu; mencurigai: Biarlah orang lain ~ aku ini jahat. sangkaan apa-apa yg disangka; dugaan: ~ kami itu tidak betul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sangka

Puisi
 

Anak Cina pergi ke hutan,
     Pergi ke hutan memburu rusa;
Teras gaharu sangka bukan,
     Salah pandang rosak binasa.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Pada sangka pohon beringin,
     kiranya tersandar di punggur lapuk.

Bermaksud :

Pada sangka beristeri (bersuami) orang kaya, kiranya beristeri (bersuami) orang miskin.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prophet of doomnujum sangka maraSejarahTiadaTiada
prophet of disasternujum sangka maraSejarahTiadaTiada
prophet of declinenujum sangka mundurSejarahTiadaTiada
casualsebab-musababSejarahTiadaSesuatu yang terjadi dengan tidak disangka-sangka atau berlaku secara kebetulan.
serendipityserendipitiPentadbiranTiadaKemunculan suatu penemuan yang baik dengan tidak disangka-sangka yang dapt membantu mempercepatkan keputusan dibuat.
pessimisticpesimisSejarahTiadaSifat pada seseorang yang negatif, mudah hilang kepercayaan atau putus harapan dan berburuk sangka kepada suasana keliling.
pessimismpesimismeKesusasteraanTiadaFahaman yang berpegang kepada kepercayaan yang negatif, masalah hilang kepercayaan atau putus harapan dan berburuk sangka kepada suasana keliling.
pessimistpesimisSejarahTiadaOrang yang berpegang kepada sifat negatif yang mudah hilang kepercayaan atau putus harapan dan berburuk sangka kepada suasana keliling.
pessimismpesimismeSejarahTiadaFahaman yang berpegang kepada kepercayaan yang negatif, masalah hilang kepercayaan atau putus harapan dan berburuk sangka kepada suasana keliling.
deus ex machinatakdir TuhanSejarahTiada2. Orang atau benda yang muncul atau diperkenalkan dalam sesebuah hasil tulisan cereka secara tiba-tiba dan tidak disangka-sangka yang memberikan penyelesaian sementara bagi sesuatu masalah.
12

Kembali ke atas