Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sanksi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sanctionsanksiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHukuman yang dikenakan kerana melanggar undang-undang atau triti. Sanksi termasuklah sekatan ekonomi, sanksi ketenteraan dan pemecatan. Contohnya, Majlis Keselamatan PBB pernah mengenakan sekatan ekonomi dan sanksi ketenteraan ke atas Iraq kerana melanggar Piagam PBB dengan menakluki Kuwait pada 1990. Contoh lain ialah Rhodesia dan Afrika Selatan yang pernah dikenakan sekatan ekonomi sewaktu mereka menjalankan Pengisytiharan Kemerdekaan Satu Pihak (UDI) yang membawa kepada pemerintahan minoriti kulit putih (Rhodesia) dan dasar Aparteid (Afrika Selatan).
military sanctionsanksi ketenteraanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan oleh tentera udara, laut atau darat di bawah kelolaan Majlis Keselamatan PBB bagi mengekalkan atau mengembalikan keamanan atau keselamatan antarabangsa. Tindakan ini termasuklah sekatan, pengepungan dan demonstrasi ketenteraan. Demonstrasi ketenteraan merujuk kepada serangan atau mempamerkan kekuatan bagi tujuan memperdayakan musuh. Sanksi ketenteraan hanya boleh dilakukan jika sanksi ekonomi, diplomatik dan komunikasi tidak berkesan. Sanksi ketenteraan merupakan sebahagian daripada sistem keselamatan bersama yang diperuntukkan oleh Bab VII Piagam PBB. Oleh sebab PBB tidak mempunyai angkatan bersenjatanya sendiri, negara anggota hendaklah menyumbang tentera bagi tujuan ini. Contohnya, sanksi ketenteraan yang dikenakan ke atas Iraq kerana melanggar Piagam PBB dengan menakluki Kuwait pada 1990. Sanksi ketenteraan mampu menjadikan negara yang disasarkan kurang agresif seperti apa yang telah berlaku kepada Iraq.
mandatory sanctionsanksi mandatoriSukanTiadaSekatan rasmi yang memerlukan persetujuan daripada badan tertentu.
economic coerciontekanan ekonomiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaDesakan berkaitan ekonomi yang dilakukan oleh sebuah atau lebih negara terhadap negara sasaran. Tujuan tekanan ekonomi adalah untuk memastikan negara sasaran menerima tuntutan negara yang mengenakan tekanan tersebut. Tekanan ekonomi boleh dilakukan secara sehala atau kolektif. Tekanan ekonomi sehala dilakukan dalam bentuk retorsi. Tekanan ekonomi kolektif pula boleh dilakukan oleh Majlis Keselamatan PBB yang pernah mengenakan sanksi ekonomi terhadap negara-negara seperti Iraq dan Libya. Sanksi ekonomi yang dilakukan oleh masyarakat antarabangsa tersebut telah memusnahkan negara-negara sasaran.
resolutionresolusiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKetetapan yang dibuat oleh pertubuhan antarabangsa mengenai sesuatu isu atau pertikaian. Terdapat resolusi yang mengikat dan resolusi yang tidak mengikat. Resolusi Majlis Keselamatan yang diluluskan di bawah Bab VII Piagam PBB adalah mengikat. Contohnya, resolusi untuk mengenakan sanksi ekonomi dan ketenteraan terhadap Iraq yang melanggar Piagam PBB apabila menawan Kuwait pada tahun 1990. Resolusi Perhimpunan Agung PBB pula adalah tidak mengikat.
action against member statetindakan terhadap negara anggotaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan yang diambil terhadap negara anggota sesuatu pertubuhan antarabangsa atas kemungkiran obligasi di bawah undang-undang antarabangsa. Jenis tindakan yang boleh diambil bergantung pada peruntukan triti yang menubuhkan pertubuhan antarabangsa tersebut seperti sanksi keanggotaan, sekatan ekonomi dan komunikasi atau tindakan ketenteraan.
blockadesekatanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan menutup laluan masuk dan laluan keluar bagi menghalang kemasukan manusia atau barangan di sesuatu tempat. Tujuan sekatan dilakukan adalah untuk menyekat sama ada bekalan barangan termasuk makanan dan ubatubatan, pembekuan aset kewangan, bahan ketenteraan atau komunikasi pihak yang disasarkan. Sasaran sekatan boleh termasuk keseluruhan negara atau rantau tertentu. Sekatan boleh dilakukan sama ada di lautan atau di daratan. Sekatan boleh menjadi sebahagian daripada sanksi ketenteraan yang dilakukan dengan mandat Majlis Keselamatan PBB di bawah Bab VII Piagam PBB.
torturependeraanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan yang menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang sangat teruk terhadap seseorang, sama ada secara fizikal atau mental. Berdasarkan Konvensyen Melawan Penderaan atau Perlakuan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tak Berperikemanusiaan atau Merendahkan, tujuan penderaan adalah untuk mendapatkan maklumat atau pengakuan, menghukum atas apa yang telah dilakukan, menggertak atau menakutkan seseorang. Penderaan dilakukan atau dihasut dengan keizinan seorang pegawai kerajaan. Contoh penderaan ialah perbuatan memotong anggota tubuh, mematahkan tulang dan melemaskan mangsa. Walau bagaimanapun, kesakitan atau penderitaan yang berlaku akibat sanksi (hukuman) undang-undang tidak termasuk dalam kategori penderaan.

Kembali ke atas