Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.tan] | سنتن

Definisi : air perahan kelapa yg telah diparut (dikukur); ~ dibalas dgn tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ masuk ke pasu, hampasnya tumpah ke tanah prb ketika berguna di-sayangi, sesudah tidak berguna dibuang; kena-kena spt ~ bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala prb sesuatu perkataan itu kalau bersalahan tafsirannya jadi melarat, jika benar jadi kebajikan; meramas ~ di kuku prb me-minta pd orang yg tidak mempunyai sesuatu; spt ~ dgn tengguli prb dua perkara (hal) yg berpadanan benar; sungguhpun lemak ~, akhirnya basi juga prb orang yg cantik itu akhirnya akan tua juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.tan] | سنتن

Definisi : air dr kelapa parut yg diramas (berwarna putih spt susu): kepala ~ santan yg agak kental. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata santan

Puisi
 

Bermasak nasi santan bergantung,
     Ambil puntung dari seberang;
Tarik rebab mengenangkan untung,
     Untungku tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Santan dibalas dengan tuba.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Dapur SantanDapur SantanKerisTiadaDapur yang mempunyai sebelas keluk dan terdapat gerigi pada bahagian belalai gajah.
coconut milksantan (kelapa)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
curdle (coconut milk)pecah minyak (santan)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
coconut oilminyak kelapaPentadbiran PerniagaanTiadaMinyak yang diekstrak daripada santan kelapa atau kopra.
muslin bagbeg muslinPentadbiran PerniagaanTiadaKain yang nipis dan jarang untuk menapis santan.
hand wringingperah dengan tanganPentadbiran PerniagaanTiadaMemicit, meramas dan sebagainya untuk mengeluarkan air, susu, santan dan lain-lain menggunakan tangan.
arakarakPentadbiran PerniagaanTiadaMinuman beralkohol yang berperasa kuat terutamanya yang disuling daripada beras, molases atau santan kelapa.
boiled salted fishikan pindangPentadbiran PerniagaanTiadaIkan yang dimasak dengan asam, kunyit dan lain-lain, berkuah dan tanpa santan.
chicken currykari ayamPentadbiran PerniagaanTiadaKari daripada ayam yang dimasak dengan campuran bahan ramuan lain seperti rempah, herba, perasa dan santan.
kandul (MS.)kandul (MS.)KesenianTiadaBakul tapis daripada rotan atau bemban, berbentuk menirus ke bawah serta berbucu dua, beranyam rapat, digunakan untuk menapis santan dan air tapai.
12

Kembali ke atas