Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri di Malaysia yg terletak di barat laut Borneo, keluasan 1 129 500 km2, Kuching sbg ibu negeri, Bumi Kenyalang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sarawak

Puisi
 

Sayang Sarawak sungainya sempit,
     Buah nanas lambung-lambungan;
Hendak kubawa perahuku sempit,
     Tinggallah emak tinggal junjungan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Buaya setanjung makan tak habis (Sarawak).

Bermaksud :

Terlalu gemuk (tentang orang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
water front landscapelandskap persisiranLandskapTiadaLandskap yang dibina di tepi laut, tasik, sungai dan sebagainya untuk tujuan rekreasi dan pelancongan. Contohnya, landskap Persisiran Sungai Sarawak di Kuching, Sarawak.
jongkongjongkongPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Dactyloclados stenastachys daripada famili Melastomaceae, yang hanya terdapat di Sabah dan Sarawak. Nama tempatannya di Sabah ialah medang tabak, dan di Sarawak merabung. Gubal kayu jongkong sukar dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna coklat muda semasa segar dan berubah menjadi gelap hingga coklat kemerahan apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus dan kadang-kadang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 495 hingga 610 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu jongkong agak mudah diproses walaupun lambat mengering, dan tidak mempunyai sifat ketahanan semula jadi yang baik. Kayu ini digunakan untuk membuat lantai, dinding, perabot serba guna, dan juga untuk venir dan papan lapis.
nyatuhnyatuhPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Palaquium spp., Ganua spp., dan Payena spp. daripada famili Sapotaceae. Nama tempatannya di Semenanjung, Sabah dan Sarawak ialah berbagai-bagai nama nyatuh. Nama lain di Semenanjung termasuk mentua taban, taban, taban merah, dan sundik, dan di Sarawak ialah jangka dan rian. Terdapat lebih 20 spesies utamanya, dan antaranya ialah Ganua curtisii, G. kingiana, Palaquium gutta, Pal. maingayi, Payena dasphylla dan Pay. lanceolata. Gubal kayu nyatuh berwarna lebih muda dan mudah dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna merah jambu atau coklat merah. Tekstur kayunya halus atau sederhana kasar, dengan ira yang lurus, bersimpul dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 400 hingga 1075 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringgan. Kayu ini mempunyai sifat pengeringan yang berbeza-beza mengikut spesies. Kayu yang ringan lebih mudah dikerjakan daripada kayu yang lebih berat. Ketahanan semula jadinya sederhana tetapi sukar diawet. Ka
peruncung (Mal)peruncungKesenianTiadaKertuk buluh Sarawak.
puumpuumKesenianTiadaGong leper kaum Bidayuh, Sarawak.
kulintangkulintangMuzikTiada

 Ensembel muzik yang terdiri daripada gong chime, beberapa jenis gong tergantung dan dram yang terdapat di Filipina Selatan, Sarawak, Sabah dan negara Brunei Darussalam. Di Magindanao, Filipina Selatan, ensembel kulintang terdiri daripada gong chime, iaitu kulintang, gong, iaitu agung, gandingan, babandil dan dram dabakan. Di Sarawak, ensem­bel yang sama dikenali sebagai ensembel engkerumong dan terdiri daripada gong chime (engkerumong), gong (tawag) dan bandai serta dram ketebong. Di Sabah, ensembel yang sama dinamai kulintangan dan terdiri daripada gong chime (kulintangan), gong (babandil) dan agung serta dram gandang.

junggothon (Mal)jungotonKesenianTiadaHap rahang kaum Bidayuh, Sarawak.
basoi (Mal)basoiKesenianTiadaZiter paluan kaum Melanau, Sarawak.
lutong (Mal)lutongKesenianTiadaKecapi buluh enam tali dari Sarawak.
nativeanak negeriUndang-undangTiadaPeribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan.
12345678910...

Kembali ke atas