literature | kesusasteraan | Kesusasteraan | Tiada | Karya bersifat imaginatif yang tampil dalam bentuk prosa, puisi, dan drama, sama ada berbentuk sastera bertulis ataupun lisan. Pada awalnya, kesusasteraan mencakupi karya sastera dan bukan sastera, tetapi kini cakupannya lebih meluas kerana kesusasteraan juga merujuk kepada pelbagai bentuk karya seperti undang-undang, falsafah, sejarah, roman, kitab, adab dan sebagainya. Sifat kesusasteraan dapat dilihat dari aspek ekstrinsik dan intrinsiknya. Ditinjau dari sudut ekstrinsik, kesusasteraan ialah satu institusi budaya yang menampung nilai-nilai masyarakat. Karya sastera dapat memperlihatkan perubahan nilai budaya yang dilalui oleh sesebuah masyarakat mengikut peredaran zaman, dan dapat bertahan sepanjang zaman serta menjadi wadah untuk menyampaikan dan melestarikan nilai-nilai tradisi. Jika ditinjau dari aspek ekstrinsik, kesusasteraan boleh diertikan sebagai hubungan antara teks dengan pengarang, dan antara teks dengan khalayak. Dari satu segi, kesusasteraan merupakan luahan persepsi dan peribadi pengarangnya, |
oral literature | sastera lisan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya sastera yang muncul dalam masyarakat pratulisan, dicipta dan disampaikan secara lisan. Sastera lisan merupakan bentuk sastera yang terawal muncul dalam sesuatu masyarakat. Biasanya, sastera lisan bersifat kolektif, dan boleh dimiliki dan dihayati secara bersama. Sastera lisan kebanyakannya dianggap sebagai suatu bentuk seni persembahan kerana melibatkan gerak tubuh, dialog, muzik dan kostum. Sastera lisan disampaikan oleh tukang cerita profesional dan bukan profesional. Tukang cerita profesional digelar Awang Batil, Tarik Selampit, dan Awang Belanga. Oleh sebab sastera lisan disampaikan secara spontan, penciptaannya harus bergantung pada formula, frasa kodi, serta tema yang sudah tersedia dalam tradisi lisan. Formula, frasa kodi dan tema tersedia itu diubahsuai mengikut keperluan teks. Justeru, sastera lisan memperlihatkan ciei-ciri khusus penciptaan lisan, seperti bersifat skematik dan formulaik, serta penuh dengan unsur-unsur perulangan dan keselarian. Sastera lisan terdiri daripada bentuk pros |
criticism | kritikan | Kesusasteraan | Tiada | Cabang pengajian yang berkaitan dengan perihalan sastera. Contohnya, mendefinisikan karya sastera, mengklasifikasikan karya sastera berdasarkan genre, mentafsirkan makna, menganalisis struktur dan gaya, menilai mutu melalui perbandingan dengan karya lain, menjangkakan kesan terhadap pembaca, menetapkan prinsip umum kritikan sastera, dan mewajarkan kehadiran karya sastera daripada usaha menyanggah, menafikan, menolak dan menapisnya. Kritikan sastera berfokus pada empat perkara, iaitu pengarang, teks, khalayak dan konteks. Dalam proses kritikan ini, keempat-empat perkara tersebut digunakan, sama ada secara bersendirian, bertindan atau bergabung. Kritikan sastera juga memanfaatkan teori kritikan seperti marxisme, strukturalisme, pascastrukturalisme, pascamodenisme, pascakolonialisme, feminisme dan sebagainya. Teori kritikan juga berfokus pada empat perkara di atas. Lihat juga kritikan kehakiman, kritikan Marxis, kritikan moral, kritikan pascakolonial, kritikan pascastrukturalis, kritikan pramatik. |
neoclassicism | neoklasisisme | Kesusasteraan | Tiada | 1. Aliran dalam seni dan sastera yang mengarah kepada kemunculan kembali gaya dan sikap sastera zaman lampau. |
literary dissemination | penyebaran sastera | Kesusasteraan | Tiada | Pemindahan bentuk sastera dari satu lapangan budaya dan geografi ke lapangan budaya dan geografi yang lain. Pemindahan sastera juga berlaku dari satu generasi kepada generasi yang lain. Pemindahan sastera biasanya berlaku secara lisan dalam tempoh yang lama. Justeru, bentuk sastera ini akan mengalami perubahan, iaitu interpolasi, pembudayaan, iaitu akulturasi, dan pengubahsuaian, iaitu adaptasi. Proses pemindahan ini menyebabkan muncul pelbagai versi teks. Minat terhadap pemindahan sastera juga menyebabkan wujudnya pelbagai kajian yang tertumpu pada pencarian versi asal teks, iaitu prototaip, arketaip serta asal usul sesebuah teks. Pendekatan yang cenderung ke arah pemindahan sastera ialah kajian filologi, kesusasteraan bandingan, serta kaedah sejarah-geografi dalam kajian budaya rakyat. |
romanticism | romantisisme | Kesusasteraan | Tiada | Aliran sastera dan seni di Eropah pada abad ke-18 hingga awal abad ke-19. Aliran ini mengutamakan perasaan, keindahan dan kebebasan melahirkan perasaan dan isi hati individu. Suatu era dalam kesusasteraan Inggeris dari 1789 (di awal permulaan Revolusi Perancis) atau 1798 (penerbitan Lyrical Ballads oleh Wordsworth dan Coleridge) sehingga 1832 (Queen Victoria menaiki tahta). Aliran ini bermula sebagai reaksi terhadap kekangan yang ada pada jarak estetik dan formalisme neoklasisme, dan memerlukan puitika dan falsafah yang menumpu kepada perasaan dan imaginasi individu. Istilah romantisisme buat pertama kalinya digunakan oleh penulis Jerman, Friedrich von Schlegel dalam membicarakan sastera khayalan. Sastera ini mempunyai kaitan dengan karya roman awal dan berbeza dengan sastera klasik. Pomantisisme membayangkan penggunaan emosi dan imaginasi lebih daripada kewarasan. Fokus pada keunikan dan perwatakan individu adalah asas bagi penekanan moden bagi suara. Secara falsafahnya, perkembangan ini mengundang kepada be |
literary convension | konvensi sastera | Kesusasteraan | Tiada | Alat atau tatacara sastera yang dipersetujui dan disepakati bersama oleh pengarang dan pembaca, termasuklah penerimaan pembaca bahawa setiap bentuk karya mempunyai ciri-ciri yang khusus. Konvensi sastera juga merujuk kepada fitur-fitur khusus seperti tema, watak, bentuk dan teknik yang wujud berulang kali dalam karya sastera. |
literary mode of production | ragam pengeluaran sastera | Kesusasteraan | Tiada | Pengeluaran bahan bacaan yang dipengaruhi oleh institusi dan hubungan sosial. Konsep ini dikembangkan oleh penganut Marzxis moden termasuk Terry Eagleton dan Pierre Macherey. Menurut mereka, ragam pengeluaran sastera kini berbeza dengan ragam pengeluaran dahulu. Contohnya, pada abad ke-17 dan 18, sastera di Britain amat dipengaruhi oleh budaya penaungan. Pada zaman ini tuntutan pasaran seperti cita rasa pembaca mempengaruhi pengeluaran karya sastera. Justeru, fiksyen picisan seperti novel cinta yang menjadi kegemaran masyarakat kini banyak menentukan penerbitan karya sastera. |
folk literature | sastera rakyat/kesusasteraan rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Hasil-hasil sastera yang diturunkan secara lisan sama ada berbentuk kisahan atau tankisahan. Contoh: mitos, legenda, cerita rakyat dan puisi rakyat. |
naturalism | naturalisme | Kesusasteraan | Tiada | Aliran seni dan sastera yang bersandarkan kepada kesetiaan alam. |