man of letters | Sasterawan | Sejarah | Tiada | Tiada |
Self-Reliance Literary Group | Angkatan Sasterawan berdikari | Sejarah | Tiada | Tiada |
literati | pujangga | Kesusasteraan | Tiada | Sasterawan yang dihormati kerana nilai karya dan fikirannya yang tinggi. |
logopoeia | ligopia | Kesusasteraan | Tiada | Jalinan idea yang terbit apabila perkataan yang digunakan diberi maksud yang menyimpang daripada biasa. Istilah ini dicipta oleh sasterawan Amerika, Ezra Pound. Logopia berasal daripada perkataan Yunani logopoeia yang bermaksud �mencipta perkataan�. |
pseudonym | nama samaran | Kesusasteraan | Tiada | Nama yang digunakan oleh seseorang penulis dalam karyanya untuk maksud dan sebab-sebab tertentu. Penulis tidak mahu menggunakan nama sebenar dan memilih suatu nama yang lain sebagai gantinya. Nama samaran yang digunakan mungkin hampir atau berbeza sepenuhnya dengan namanya yang sebenar. Terdapat penulis yang menggunakan singkatan nama sebenarnya sebagai nama nama samaran. Contohnya, nama Keris Mas bagi Sasterawan Negara (SN) Kamaluddin Muhammad, Tongkat Warrant bagi SN Usman Awang, Sri Delima bagi Adibah Amin, dan Alis Murni bagi penyair Ali Ahmad. Nama samaran bagi Prof. Dr. �A�ishah �Abd. Al-Rahman ialah bint al-Shati� dalam kesusasteraan Arab. Nama samaran dikenali juga sebagai nama pena. |
shi�r ?l-f?khr | shi�r ?l-f?khr | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Arab yang bertemakan kebanggaan. Puisi ini menjadi nadi kesusasteraan Arab klasik. Menurut sebahagian pengkritik sastera, tema puisi ini merentasi tema yang lain seperti shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Shi�r ?l-f?khr berbeza dengan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Melalui Shi�r ?l-f?khr, seseorang penyair merakamkan kelebihan peribadi dan komuniti masyarakat yang diwakilinya dengan penuh kebanggaan, sedangkan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?� merupakan tradisi penyair yang mencari habuan dengan menyanjung individu tertentu dan mencela orang lain. Pada zaman ini, menjadi fitrah atau tabii bagi kabilah Arab mengangkat kedudukan kabilah masing-masing. Contohnya ialah kebanggaan Hatim al-Ta�i, seorang sasterawan Jahiliah terhadap kemuliaan peribadi dan sikap pemurahnya sendiri. Pada zaman Islam dan seterusnya, kebanyakan penyair Islam dan al-muwalladun (penyair bukan Arab yang dilahirkan di rantau Arab) telah menghasilkan shi�r ?l-f?khr yang dibuat-buat, tidak seperti pada zaman |
masnawi | masnawi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional daripada puisi Parsi yang mempunyai dua misrak dalam satu bait. Kedua-dua misrak ini mestilah sama rimanya. Skema rimanya ialah aa, bb, cc, dan seumpamanya. Tiada sekatan dalam jumlah baitnya, malah ada yang mencecah 9000 hingga 80 000 bait. Tema yang diketengahkan dalam masnawi boleh berunsur sejarah, patriotik, cinta, agama, dan didaktik. Sesetengahnya menceritakan kisah pari-pari atau tema yang diilhamkan daripada falsafah tasawuf. Tokoh utama dalam genre ini ialah Jalal al-Din Rumi yang terkenal dengan karyanya Mathanavi-yi Ma�navi (Masnawi Kerohanian) dan Divan-i Kabir (Antologi Puisi Agung). Dalam sastera Melayu, masnawi dicipta dalam dua bait yang sama rima di hujungnya dan mengandungi suku kata yang berjumlah dari 10 hingga 14. Penulisan masnawi bertujuan memuji orang kenamaan atau sesuatu perbuatan yang baik. Contohnya, masnawi yang ditulis oleh Sasterawan Negara (SN) Arena Wati berjudul �Umar� (Asas Pengetahuan Puisi): Umar Umar yang adil dengan perinya Nyatal |