Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : alat yg berkait dan berat, yg dilabuhkan ke dlm air supaya perahu (kapal dll) tidak hanyut, jangkar; membongkar ~ mengangkat sauh (kerana hendak belayar); membuang (melabuhkan) ~ mencampakkan sauh (supaya perahu tidak hanyut); ~ buji sauh kecil yg ada empat pengaitnya; ~ cemat = ~ kecil sauh kecil yg dilemparkan ke perahu dll utk menariknya; ~ terbang sauh yg dilemparkan (ke darat, ke tebing, dll); bersauh 1. memakai (menggunakan) sauh; 2. berlabuh (kapal, perahu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sauh (kata nama)
Bersinonim dengan jangkar, anjar.,

Puisi
 

Datuk Kelana pergi menangguk,
     Tersangkut tangguk di sauh kapal;
Saya umpama orang mengantuk,
     Apatah lagi disorong bantal.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
back anchorsauh tahan; sauh belakangPelayaranTiadaSauh yang diletak di bahagian buritan.
billboard (anchor)sangga (sauh)PelayaranTiadaAlas untuk meletak kuku sauh semasa sauh di simpan atas dek.
anchor capstankapstan sauhPelayaranTiadaAlat putaran yang diikat rantai sauh agar sauh boleh dinaikkan atau dilepaskan dengan memutar atau memusingnya mengelilingi paksinya.
cable lockergerobok kabel (sauh)SukanTiadaRuang di dalam kapal untuk menyimpan kabel sauh apabila sauh diangkat.
anchor windlasskapi sauhPelayaranTiadaAlat pemusing kecil berbentuk silinder yang disambung dengan rantai sauh agar sauh dapat dinaikkan atau dilepaskan dengan memusingnya sama ada dengan tangan atau kuasa enjin.
droguesauh arus; sauh lautGeografiTiadaTiada
back anchorsauh tahan; sauh belakangKejuruteraanTiadaTiada
flukefluk; daun sauh / kuku sauhPerikananTiadaTiada
flukefluk; daun sauh / kuku sauhPerubatanTiadaTiada
anchor buoyboya sauhPelayaranTiadaPengapung kecil yang diikat pada sauh bagi memudahkan sauh dicari sekiranya sauh terputus dari rantainya.
12345678910...

Kembali ke atas