Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.war] | ساور

Definisi : 1. penghalang yg dibuat drpd ranting kayu, duri, rotan, dll (utk menutup jalan, supaya pokok tidak dipanjat orang, dll); 2. semacam belat yg dibuat drpd ranting kayu, duri, dll (utk melorongkan binatang masuk perangkap, ikan masuk lukah, dll); menyawar memasang sawar, menghalang dgn sawar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.war] | ساور

Definisi : 1 ranting-ranting kayu, duri dll yg digunakan sbg penghalang (supaya jalan tidak dilalui orang, pokok tidak dipanjat orang dll). 2 semacam belat yg dibuat drpd duri dll utk melorongkan binatang masuk perangkap atau ikan masuk lukah. menyawar memasang sawar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
barrier chainrantaian sawarGeologiTiadaSiri spit sawar, pulau sawar, dan pantai sawar yang menganjur di sepanjang garis pantai.
barrier boxkotak sawarTeknikElektrikKotak khas yang mempunyai gegendang pejal atau sawar penebat yang digunakan dalam pemasangan pembuluh di kawasan kalis nyala untuk mengedap pemasangan tersebut daripada bahagian tak kalis nyala. Sambungan di antara kedua-dua bahagian ini dilakukan dengan tamatan pasca melalui sawar tersebut. Sinonim kotak halangan.
tunneling currentarus penerowonganNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanSejenis arus yang berlaku apabila nisbah ketumpatan arus melepasi sawar yang dibahagi dengan ketumpatan arus tuju tersebut yang bernilai bukan 0 (sawar ultranipis dan elektron yang mencukupi), maka elektron tersebut berjaya melepasi sawar. dengan Io = arus tuju, It = arus sawar, E = tenaga dan V = tenaga keupayaan.
potential barriersawar keupayaanFizikAtom dan NuklearHalangan dalam kawasan keupayaan yang melawan pergerakan zarah melalui kawasan tersebut. Contohnya, dalam pereputan zarah alfa, zarah tersebut harus menerobos sawar keupayaan. Lihat juga penembusan sawar.
barrier reefterumbu sawarBiologiEkologiTerumbu karang yang terasing daripada pantai oleh lagun yang terlalu dalam untuk tumbesaran karang. Biasanya terumbu sawar mengikuti pantai dengan jarak yang sangat panjang dengan halangan-halangan yang pendek dinamai genting. Misalnya, Terumbu Sawar Besar di Australia.
barriersawarFizikModenLihat sawar keupayaan.
shielding barriersawar perisaiKejuruteraanTiadaSawar pemerisai yang boleh digerakkan bagi menutup sesuatu lubang.
Coulomb barriersawar CoulombKejuruteraanTiadaSawar nukleus akibat daya elektrostatik.
central barriersawar pusatKejuruteraanTiadaSawar yang keupayaannya lebih tinggi di bahagian tengah.
centrifugal barriersawar emparanKejuruteraanTiadaSawar nukleus disebabkan daya empar yang berkaitan dengan momentum sudut.
12345678910...

Kembali ke atas