Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yup.sa.yup] | سايوڤ٢

Definisi : 1. kurang jelas (pandangan, pen-dengaran, dll): dr jauh kedengaran ~ bunyi guruh; 2. = sayup-menyayup hampir cukup, kurang sedikit: belanja rumah tangga sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.yup.sa.yup] | سايوڤ٢

Definisi : ter­sangat sayup: Dr kapal Belanda itu, terdengar ~ bunyi orang menangis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sayup (adjektif)
1. Bersinonim dengan samar-samar: lamat-lamat, kabur, redam-redam, sabah, balam-balam, terang-terang laras, belam, melindap, sabur-limbur, kelam, saru,
Berantonim dengan jelas

2. Bersinonim dengan kurang sedikit: sedikit sahaja lagi
Berantonim dengan cukup

Kata Terbitan : sayup-sayup,

Puisi
 

Sungguh kuat terbang tekukur,
     Sayup bunyi mendayu-dayu;
Sungguhpun tajam pisau cukur,
     Tapi tak boleh dipotong kayu.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
furtive glidegeluncuran sayupLinguistikTiadaTiada
diaphanousdiafanKesusasteraanPuisiPuisi yang mudah difahami dan dihayati. Lazimnya membawa makna selapis. Contohnya, puisi "Di Tengah Segara" karya Pungguk. Di dalam gelombang hambur-menghambur Kudengar seru sayup bahasa Hatiku lebur bagaikan hancur Hendak kurenang beta tak biasa.
pentastichpancabarisKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi lima baris serangkap tetapi tidak semua rangkap lima baris. Contohnya, puisi "Pantai Seribu Tafsiran" karya Zurinah Hassan. Puisi ini yang terdiri daripada lima rangkap, hanya rangkap pertama sahaja mengandungi lima baris seperti di bawah. Seorang di pantai antara keluh sayu bawah pohon ru diusap rindu ciuman pada daerah betapa tiada teman dalam mencecah dan dijengah ragam wajah. Di bawah pancar mentari pun terasa panas bahang niat yang meniti tidak ketemu garis puas Mutiara timur antara tanah taburan hati sama hanyut di arus harapan berkocak bagai laut berombak di mana sayup begitu pun gelodak hidup tidak ketahui warna esok pintu dijelajah antara keganasan kerana mata udah di bintang hati udah di bulan. Aku mahu berdagang bagai kapal-kapal labuhan di air berkaca yang tidak bisa kerontang begitu niat membalut dada penuh impian. Dari mata turun ke hati bicara semalam ke lusa perhitung rindu di puncak dahaga tidak mahu patah di jalan basah banjir doa antara usaha

Kembali ke atas